suria

“Tiga bulan tak bekerja simpanan semakin berkurangan” - Amar Baharin syukur kembali jalani penggambaran

Amar jalani penggambaran drama 26 episod mengikut SOP yang telah ditetapkan.

PELAKON Amar Baharin meluahkan rasa syukur apabila kerajaan sudah memberi kebenaran menjalani aktiviti seni termasuk penggambaran bermula 10 Jun lalu.

Akui Amar, 35, wang simpanannya semakin berkurangan setelah tiga bulan tidak bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah tak henti, Amyra Rosli alami keracunan makanan - “Anak kedua kami masih menyusu badan, takut beri kesan kepada baby”

Tambahnya lagi, walaupun terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan namun dia seronok dapat menjalani penggambaran seperti biasa.



Amar kini menjalani penggambaran drama bersama pelakon Nadiya Nisaa.

"Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana kami diizinkan untuk bekerja semula. Setelah tiga bulan tak bekerja, tidak dinafikan simpanan yang ada semakin berkurangan.

"Apa yang boleh saya cakap, kami di set ini semua bersyukur sangat setelah dibenarkan penggambaran semula. SOP yang dikenakan tidak menjadi masalah untuk kami warga kerja.

"Cuma kena lebih berhati-hati ketika waktu makan dan bersolek sebab ada melibatkan penjarakkan sosial. Keadaan di lokasi masih seperti sebelum ini.

Setiap kali saya balik rumah, saya akan pastikan terus mandi dan bersihkan diri kemudian solat.

AMAR BAHARIN

PELAKON

"Semua kru memang akan pakai topeng muka, makan pun kena satu meja hanya dua orang sahaja dan setiap pagi kena periksa suhu badan," kata Amar kepada mStar.

Amar kini sedang menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Ayat-Ayat Halal terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah MP Roslin.

Menerusi laporan mStar 2 Jun lalu, aktiviti penggambaran boleh dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Amar memberitahu dia sentiasa memastikan dirinya bersih sebelum meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak selepas pulang bekerja.



Amar bersama isteri dan anak-anaknya.

Amar berpendapat norma baharu akibat daripada krisis penularan wabak Covid-19 membuatkan dia berasa lebih yakin untuk bersama keluarganya.

"Setiap kali saya balik rumah, saya akan pastikan terus mandi dan bersihkan diri kemudian solat. Selepas selesai semua itu, barulah saya bermain dengan anak-anak.

"Dapat juga luang masa dengan isteri saya. Ini perkara yang baru dan bagi saya dengan cara ini, saya rasa lebih bersih sebelum luangkan masa dengan keluarga," ujarnya.

Amar berkahwin dengan aktres Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3 dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amar Baharin, Amyra Rosli, SOP, Covid-19, PKP,

Artikel Lain