suria

Syifa Melvin kongsi rahsia rezeki melimpah ruah - “Bulan pertama kami hadiahkan ibu dan ayah kereta baru”

Syifa sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan keluarga untuk sentiasa dimurahkan rezeki.

PELAKON Syifa Melvin berkongsi salah satu cara untuk sentiasa dilimpah rezeki yang luas adalah dengan menjaga hubungan antara Allah dan keluarga.

Syifa menerusi perkongsian di Instastory berkata, tidak perlu wujud sikap kedekut dalam kalangan adik-beradik biarpun ada diantaranya berkemampuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin kesal dituduh ketawakan orang miskin - “Bukan nak menghina, kami pun bukan kaya!”

"Memang hidup untuk mencari reda Allah tapi macam mana nak diredai Allah jikalau kita selalu bergaduh dan mencari salah manusia lain? Hablum minaallah minannas... Jaga dua-dua ini.



Antara perkongsian Syifa di Instastory.

"Kelaku kita dengan Allah dan kelaku kita dengan manusia terutama adik-beradik sendiri. Rezeki Allah melimpah ruah bila kita tak berkira dengan adik-beradik dan saudara mara.

"Jangan ada mindset yang 'oh tak apa, dia berduit boleh la keluar beli itu ini, aku tak berapa sangat'. Sebenarnya masa itu kita diuji Allah, kemut tak nak keluar belanja untuk keluarga sendiri.

"Kalau kemut, lambat lagi nak rasa senang. Kita memberi dikala kita tidak punya apa-apa dan apa yang kita beri itulah hak kita. Kita sedang diuji sebenarnya," katanya.

Kami adik-beradik sepakat nak buat bisnes bersama, pulangan Alhamdulillah sebab Allah mudahkan jalan buat kami

SYIFA MELVIN

PELAKON

Syifa mempunyai lima orang adik beradik termasuk kakaknya aktres Syatilla Melvin.

Dalam pada itu, Syifa turut memberitahu dia dan adik-beradiknya sentiasa berkongsi duit menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapa serta mengubah suai rumah mereka di kampung.

"Syifa kongsi sikit rahsia rezeki melimpah ruah. Kami adik-beradik sepakat nak buat bisnes bersama, pulangan Alhamdulillah sebab Allah mudahkan jalan buat kami. Satu bulan pertama, kami hadiahkan ibu dan ayah sebuah kereta.



Syifa dan adik-beradik berkongsi duit menghadiahkan ibu bapa mereka sebuah kereta serta ubah suai rumah di kampung.

"Sebab mereka tak pernah beli kereta baru mesti second hand. Bermula wujudnya Kekasih, semua benda kami bahagi empat. Sampailah idea nak ubah suai rumah ibu. Kira punya kira harga rumah RM65,000 bahagi empat.

"Dah siap dah rumah ini Alhamdulillah. Masa rancang nak besarkan rumah, duit ada tapi tak banyak sangat dan tak terfikir pun nak habiskan ke ubah suai rumah kat kampung.

"Tapi itulah orang kata bila niat kita baik, tambah niat nak selsaikan mak ayah kita, Allah akan buka jalan seluas-luasnya. Nampak tak magis kat situ?" ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain