PERTAMA kali menjayakan persembahan pentas dengan imej berhijab, penyanyi Ezlynn mengakui berasa kekok dan janggal dengan penampilan baharu itu. Meskipun begitu, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin berkata persembahan tersebut berjalan lancar dan dia berjaya mengawal perasaannya itu. "Alhamdulillah... pertama kali persembahan bertudung selepas berhijrah, sedikit kekok tapi saya berjaya mengawalnya," katanya menerusi laman Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan ada lelaki dalam hidup boleh berehat tapi tidak!” - Ezlynn akui masa untuk dapatkan zuriat semakin singkat Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto ketika menjayakan persembahan khas untuk petugas barisan hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru, baru ini. Perkongsian Ezlynn di Instagram menarik perhatian pengikut. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji penampilan baharu Ezlynn dan berharap penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini akan terus mengadakan persembahan untuk peminat. "Alhamdulilah semoga terus istiqamah dan kuat... kami semua doakan jangan tertewas! "Alhamdulillah.. Semoga lebih banyak lagi persembahan selepas ini," komen pengikut. Ezlynn hiburkan petugas barisan hadapan dalam satu majlis penghargaan, baru-baru ini. Penghujung Ramadan lalu, Ezlynn mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tiga tahun memakai tudung di bulan mulia itu. "Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama tiga tahun berturut-turut tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. "Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya dia tetapkan. "Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah... saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama, ” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!