suria

Kejutan malam istimewa! Air mata Ernie Zakri ‘tumpah’ kerana Syamel - “Sweet sangat... harap-harap korang berdua ada jodoh bersama”

Ernie menitiskan air mata tatkala menerima kejutan daripada rakan baiknya, Syamel.

PENYANYI Ernie Zakri terharu sehingga menitiskan air mata apabila teman baiknya, Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Menerusi Instagram, Ernie turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan dapat menjalani kehidupan dengan bahagia.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ninie (nama panggilannya) dah berumur 28 tahun! Syukur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada istilah tumpang rezeki Ernie Zakri” - Syamel

"Terima kasih Bang Mel (Syamel) berjaya buat air mata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang. Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28 tahun, pose itu jelah saya boleh fikirkan.



Ernie terharu Syamel buat kejutan.

"Terima kasih atas doa-doa kalian... maaf yang mana tak sempat nak balas dan baca, moga Allah makbulkan doa kita semua," katanya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik beberapa keping foto semasa sambutan hari jadi tersebut.

Sementara itu, ada pengikut meninggalkan komen berharap agar penyanyi lagu Gundah itu segera mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang bersama Syamel.



Antara komen yang ditulis peminat di Instagram Ernie Zakri.

"Semoga berjodohan dengan abang Syamel ya kak!

"Comelnya korang berdua ni... semoga ada jodoh! Selamat hari jadi.

"Sweet sangat abang Syamel dan kak Ernie... harap-harap korang berdua ada jodoh bersama," komen peminat.

Pasangan penyanyi ini mula berkawan rapat sejak 2018, bagaimanapun kedua-duanya menafikan hubungan cinta sebaliknya mengakui sekadar teman baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ernie Zakri, Syamel

Artikel Lain