suria

Tiz Zaqyah gelabah dituduh langgar isu hak cipta Instagram! - “Siapa tak panik, inilah tempat kita cari rezeki”

Tiz terima mesej daripada akaun palsu Instagram mengatakan laman sosialnya akan ditutup dalam masa 24 jam.

PELAKON Tiz Zaqyah berkongsi pengalaman mendebarkan apabila menerima mesej yang mengatakan akaun Instagram miliknya melanggar isu hak cipta dan akan ditutup dalam masa 24 jam.

Akibat terlalu panik, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, berkata dia kemudiannya membuka pautan yang dihantar pihak Instagram sehingga menyebabkan akaunnya tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... Tiada komen” - Kecoh kononnya insiden gaduh melibatkan Tiz Zaqyah

Malah, Tiz hampir mengalami kerugian sebanyak USD500 atau kira-kira RM2,100 disebabkan perlu membayar juruteknik dari Turki bagi mendapatkan semula akaun tersebut.

Tiz memuat naik paparan skrin Instagram disekat.

"Hackers guna logo blue tick palsu! Saya dapat DM daripada @instagram dengan blue tick, memberitahu akaun saya melanggar hak cipta dan akan ditutup dalam masa 24 jam.

"Disebabkan panik, saya tekan link dan terus dibawa ke halaman log in, reset kata kunci saya. Masih tidak dapat membuka semula akaun, tunggu untuk kod keselamatan berjam-jam.

"Hubungi semua orang, minta bantuan. Ada antaranya cadang bayar juruteknik dari Turki untuk kembalikan semula akaun tapi kena bayar USD500 (RM2,100). No money no talk," katanya.

Tiz berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Rabu dengan memuat naik paparan skrin mesej daripada akaun palsu yang menyamar sebagai pihak Instagram.

Semua drama pagi. Siapa tak panik, tempat Instagram ini jugalah tempat kita cari rezeki.

TIZ ZAQYAH

PELAKON

Dalam pada itu, Tiz meluahkan rasa gembira apabila selepas tiga jam menunggu akhirnya Instagram miliknya dikembalikan dan terus menyekat akaun palsu tersebut.

"Tiga jam kemudian, buka Instagram, 'please update instagram link pop up'. Updated complete dan akhirnya terima kod keselamatan melalui SMS.

"Alhamdulillah macam dapat emas! Terus lihat mesej di Instagram, rupa-rupanya akaun yang DM saya itu tidak sah!

Tiz bersyukur akaun Instagram dikembalikan semula.

"Jadi lain kali blue tick ke, pastikan bangun tidur jangan blur sangat macam saya ini panik. Tolong pastikan anda ada nombor telefon terkini melalui akaun Instagram," ujarnya.

Sementara itu, Tiz memberitahu dia berasa panik kerana memikirkan platform laman sosial tersebut yang digunakan sejak 2011 itu merupakan punca rezekinya.

"Semua drama pagi. Siapa tak panik, Instagram ini jugalah tempat kita cari rezeki.

"Instagram dan Facebook merupakan platform untuk mendapat pendedahan, perniagaan secara talian. Guna Instagram sejak 2011 sudah tentu memberikan banyak benda sentimental," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tiz Zaqyah, Hackers, Turki, Instagram,

Artikel Lain