suria

Ada sebab kenapa Jeffrydin ‘reject’ Aiman Tino nak berduet - “Saya kata nanti... nak fikir dulu”

Penyanyi veteran Jeffrydin mahu sedikit masa sebelum bersedia untuk berkolaborasi dengan Aiman Tino.

WALAUPUN agak lama tidak mendengar perkembangan terbaharu Datuk Jeffrydin, namun penyanyi veteran itu mengakui masih aktif dalam dunia hiburan.

Bagaimanapun, Jeffrydin, 75, berkata semua tawaran nyanyian yang diterima terpaksa ditangguhkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Sihat pada usia 72 tahun, aktiviti Jeffrydin bermula selepas Subuh

"Walaupun tak dengar atau tak nampak, saya sentiasa ada job di luar.

"Tapi memandangkan masih dalam PKP ni, semuanya tergendala dan ditunda sehingga satu tarikh yang masih belum ditentukan lagi," katanya kepada mStar.

Jeffrydin mahu meneruskan kariernya demi mengekalkan genre Pop Yeh Yeh dalam dunia muzik tanah air.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan karier seni, Jeffrydin berkata dia juga masih dalam proses pembikinan lagu-lagu baharu daripada genre sama yang dibawanya namun ada sentuhan segar.

Malah, penyanyi lagu Siti Haidar ini berkata dia terpaksa menolak tawaran penyanyi Aiman Tino untuk berkolaborasi kerana sesebuah lagu perlu dihasilkan secara teliti supaya mudah mendapat perhatian pendengar.

"Jangkaan untuk pelancaran lagu-lagu itu belum tahu lagi sebab saya masih dalam proses untuk memilih lagu-lagu yang nak disusun.

"Genre masih sama tapi saya akan ubah suai... ada yang suruh masukkan rap... ada yang suruh masukkan irama seperti syair.

Kawan-kawan seperjuangan saya semua di bawah... jadi saya kena dahulukan perjalanan itu

DATUK JEFFRYDIN

PENYANYI

"Aiman Tino pun nak berkolaborasi dengan saya tapi saya kata nanti... saya nak fikir dulu.

"Kita perlu kuatkan lagu itu sendiri... apabila dah kuat baru senang," ujarnya.

Tambahnya, sebagai penyanyi veteran yang pernah popular sekitar tahun 60an, dia perlu lebih agresif dalam dunia hiburan masa kini.

Katanya, walaupun rakan-rakan seperjuangannya sudah tidak aktif dalam industri hiburan, dia perlu meneruskan perjalanan seninya demi mengekalkan genre Pop Yeh Yeh dalam dunia muzik tanah air.

"Saya seorang saja yang berada di atas.

"Kawan-kawan seperjuangan saya semua di bawah... jadi saya kena dahulukan perjalanan itu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jeffrydin, Aiman Tino

Artikel Lain