suria

“Kerja cari duit lagi berfaedah!” - Michael Ang tak puas hati netizen kaitkan Dayang Senandung dengan isu orang kulit hitam

Pengarah dan penerbit Michael Ang anggap netizen sengaja memperbesarkan isu remeh.

BELUM reda kontroversi yang melanda penyanyi Wani Kayrie kerana berwajah hitam di aplikasi TikTok, pengarah dan penerbit Michael Ang tampil berkongsi pendapatnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Michael mempersoalkan sikap netizen yang suka memperbesarkan isu remeh membabitkan kisah dongeng Dayang Senandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara ‘Dayang Senandung’ main TikTok, Wani Kayrie dituduh tak sensitif isu Black Lives Matter - “Saya mohon maaf!”

"Apa yang korang bising-bising pasal Dayang Senandung ni?

"Itu pun korang nak buat hal. Tu dah la cerita dongeng," katanya.

Michael Ang berkongsi pendapatnya berkenaan isu Dayang Senandung.

Michael berkata, sepatutnya tiada isu sensitif perlu diperdebatkan daripada kisah tersebut kerana ia hanya cerita rekaan.

Bagaimanapun, menurut pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini terdapat pengajaran yang boleh dicontohi orang ramai daripada kisah tersebut.

"Tu Dayang Senandung babe! Cerita masa kita kecil-kecil... ada juga pengajaran.

"Pengajarannya ialah kita jangan pandang hina dekat orang... kan bagus tu," ujarnya.

Penyanyi Wani Kayrie dituduh tidak sensitif isu Black Lives Matter.

Selain itu, Michael turut menyifatkan orang ramai yang melatah berikutan isu ini hanya membuang masa dengan melakukan perkara tak berfaedah.

Malah, dia turut menasihati netizen tempatan agar tidak melibatkan diri dalam isu yang diperjuangkan masyarakat negara lain.

"Tak faham aku korang ni semua. Suka buat hal daripada benda-benda yang tak ada hal.

Cuba la buat benda yang berfaedah macam aku ni... Kerja cari duit

MICHAEL ANG

PENGARAH & PENERBIT

"Cuba buat benda yang berfaedah macam aku ni. Kerja cari duit... lagi berfaedah daripada nak gaduhkan peperangan orang. Sedih!" katanya.

Dalam pada itu, segelintir pengikut Instagram Michael turut meluahkan pendapat mereka dan berharap orang ramai hanya ambil sisi positif daripada isu ini.

Namun, ada netizen yang menyalahkan Wani dan menganggap perkongsian videonya itu menyebabkan isu ini menjadi serius.

"Ada saja kan? Tak faham pemikiran orang ni... Rileks la, ambil yang positif saja.

Permohonan maaf yang dibuat Wani Kayrie selepas teruk dikecam netizen.

"Ni semua punca si Wani Kayrie tu la sibuk main TikTok dengan muka hitam tu, kalau tidak orang tak heboh pun pasal Dayang Senandung," komen beberapa netizen.

Selepas dikecam hebat netizen, Wani tampil membuat permohonan maaf dan memadam video berkenaan di laman sosialnya kerana enggan memanjangkan perkara tersebut.

Isu diskriminasi warna kulit hangat diperkatakan secara global selepas lelaki kulit hitam, George Floyd meninggal dunia akibat kekerasan polis di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Michael Ang, Dayang Senandung

Artikel Lain