suria

Keluar AF pun orang tak kenal, Sharul Kamal pasrah lambat popular - “Kalau awal-awal dah top, mungkin saya tiada apa-apa”

Penyanyi Sharul Kamal percaya ada hikmah di sebalik kerjaya yang agak perlahan sejak lima tahun lepas.

MEMULAKAN karier seninya menerusi program nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, kini penyanyi Sharul Kamal dilihat lebih banyak terlibat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Bagaimanapun jika diberikan pilihan, Sharul tetap memilih bidang nyanyian sebagai minat dan karier utamanya dalam industri hiburan.

ARTIKEL BARKAITAN: Pulang dari Mesir... Sharul Kamal masuk hospital disyaki influenza MERS CoV - "Saya perlukan doa anda"

"Saya pilih menyanyi... sudah tentu. Itu memang minat saya.

"Saya cuba mengacara dan berlakon pun sebab saya nak buat benda baharu," katanya kepada mStar.

Sharul percaya ada hikmah di sebalik perjalanan kerjayanya yang agak perlahan sejak lima tahun bergelar anak seni.

Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 23, berkata latar belakang keluarga yang bukan daripada bidang seni menjadikan dia perlu lebih banyak belajar untuk mengenali selok-belok industri hiburan.

Namun, penyanyi lagu Maaf ini berkata terdapat hikmah di sebalik perjalanan seninya yang agak malap di awal pembabitannya.

"Saya bukan berdarah seni. Saya memang zero masa mula-mula masuk AF.

"Jadi, selepas keluar AF tu ada bagusnya apabila saya tak mendapat tempat dalam industri, tak dikenali sebagai penyanyi kerana bermula daripada situ saya belajar sikit-sikit," jelasnya.

Tahun ini mungkin Tuhan nak buka rezeki untuk saya

SHARUL KAMAL

PENYANYI

Sharul berpendapat dia tidak akan mempunyai ilmu yang dimilikinya sekarang jika popularitinya naik mendadak sejak awal kariernya.

Pengacara program Travelogue Backpackers ini berkata sejak lima tahun berkecimpung dalam industri hiburan, rezekinya lebih luas sejak kebelakangan ini.

"Kalau awal-awal saya dah top, mungkin saya tak tahu apa-apa dan tak ada ilmu langsung.

"Jadi apabila saya bercampur dengan otai, borak-borak dengan mereka banyak input yang saya dapat.

Sharul berharap single terbaharunya yang berjudul Maaf bakal mendapat sambutan baik.

"Lima tahun dah berlalu sejak saya keluar AF, Alhamdulillah tahun ini mungkin Tuhan nak buka rezeki untuk saya," ujarnya.

Sharul pernah melakonkan watak Syukri dalam drama Adam Chempaka yang ditayangkan di TV3 pada tahun lalu.

Sebelum ini, video laungan azan Sharul di sebuah masjid di Mesir pernah tular dan mendapat perhatian netizen dengan kelunakan dan kemerduan suaranya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharul Kamal

Artikel Lain