suria

PU Abu kata aplikasi tukar wajah adalah haram - “Dulu aku dikecam buat TikTok, tapi cabaran tukar jantina ramai pula orang ikut!”

PU Abu minta netizen berhenti menggunakan aplikasi FaceApp. Gambar kecil menunjukkan foto wajah selebriti Anne Hathaway disunting menjadi lelaki.

JIKA sebelum ini kecoh mengenai #Lathichallenge, kini aplikasi FaceApp yang mengubah wajah seseorang kepada jantina bertentangan pula menjadi trend dalam kalangan netizen di laman sosial.

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan meluahkan rasa bimbang melihat ramai netizen melakukan trend tersebut walaupun sudah diketahui hukumnya adalah haram.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu kena kecam main TikTok, diminta buang 'username' Pencetus Ummah - “TikTok ni bukan saja asah kreativiti malah eratkan silaturrahim”

Pendakwah bebas itu juga berharap anak-anaknya iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen serta Muhammad Adam Aysar tidak melibatkan diri dengan pengaruh media sosial yang merosakkan.

PU Abu berharap anaknya tidak terlibat dengan pengaruh dunia yang merosakkan.

"Mateen terkejut dan tak mampu berkata-kata apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki walaupun mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah haram.

"Moga anak-anak aku tak terlibat dengan pengaruh dunia yang merosakkan," tulis PU Abu menerusi Instagram miliknya.

PU Abu turut berkongsi video dia menjelaskan hukum menukar wajah menggunakan aplikasi tersebut adalah haram dan meminta netizen agar berhenti melakukan cabaran tersebut.

Hukum agama ini tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke... kalau sesuatu itu haram maka haram untuk kita.

PU ABU

PENCETUS UMMAH

Segelintir selebriti turut tidak terlepas mengikuti trend menggunakan aplikasi berkenaan.

Dalam pada itu pemilik nama Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi mengimbau semula ketika dia dikecam gara-gara membuat video aplikasi TikTok disebabkan statusnya sebagai PU.

Menurut PU Abu, perkara yang haram itu sememangnya tidak boleh dilakukan walaupun individu tersebut mempunyai status tertentu dalam masyarakat.

PU Abu pernah dikecam gara-gara membuat video TikTok.

"Aku teringat masa aku dikecam buat video TikTok, katanya aku tak boleh buat TikTok sebab 'PU'. Tapi apabila datang #lathichallenge dan #faceapp tukar jantina berapa ramai orang yang buat.

"Dapat sambutan, langsung tak ada common sense pada benda haram. Hukum agama ini tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke... kalau sesuatu itu haram maka haram untuk kita.

"Jangan double standard hukum Tuhan dan berhenti promosi benda haram! Sekadar nasihat yang datang dari hati insan yang penuh dengan dosa. Sebarkan! Moga boleh jadi pedoman buat semua," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
PU Abu, FaceApp, Lathi Challenge,

Artikel Lain