suria

“Sesungguhnya Allah dengar doa orang teraniaya, tunggu giliran anda!” - Lain macam luahan Syifa Melvin, siap sebut tentang fitnah

Syifa gemar menulis dan berkongsi dengan pengikutnya di laman sosial.

PERKONGSIAN pelakon Syifa Melvin di Instastory yang memberi gambaran seakan-akan dia teraniaya dan difitnah menarik perhatian netizen di laman sosial.

Bagaimanapun Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata status yang dimuat naik itu tidak ditujukan kepada sesiapa namun ia sekadar perkongsian secara umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin kongsi rahsia rezeki melimpah ruah - “Bulan pertama kami hadiahkan ibu dan ayah kereta baru”

Menurut adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini, dia sememangnya gemar berkongsi penulisannya untuk memberi inspirasi kepada orang yang melalui pengalaman yang sama sepertinya.

Syifa memuat naik status di Instastory tarik perhatian.

"Status itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak pun. Ia sekadar nasihat sahaja. Saya memang suka menulis dan berkongsikan kepada followers. Lagipun, ramai yang akan repost dan jadikan kata-kata itu sebagai peringatan untuk diri mereka.

"Malah, saya selalu beri nasihat dan berkongsi penulisan saya itu di saluran Telegram sebab ramai pengikut di laman sosial saya minta dan suka membaca.

"Ada sesetengah orang mengalami situasi yang sama macam saya tulis tapi mereka tak tahu nak luahkan macam mana. Jadi apabila saya tulis macam itu mereka rasa saya dekat dengan mereka," katanya kepada mStar.

Buat masa ini juga saya memang tengah sibuk menguruskan perniagaan bersama adik-beradik.

SYIFA MELVIN

PELAKON

Syifa diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik di Instastory mengatakan seseorang akan menerima balasan selepas melakukan penganiayaan dan menyebarkan fitnah.

"Sesungguhnya Allah mendengar doa mereka yang teraniaya dan difitnah. Tunggu giliran anda, ia pasti akan datang.

"Saya melalui pengalaman paling teruk dalam hidup, saya yakin tak semua orang mampu hadap apa yang saya hadap," tulisnya.

Sebelum ini, Syifa sememangnya dilihat gemar berkongsi kisah di sebalik kejayaan dia dan keluarganya yang boleh dijadikan inspirasi kepada golongan anak muda di laman sosial.

Berkongsi mengenai perkembangan dalam bidang seni, pelakon drama Sis Cuba ini memberitahu dia kini lebih mengutamakan perniagaan bersama adik-beradiknya berbanding dunia lakonan.

Syifa mahu sambung belajar dan fokus pada perniagaan.

Kata Syifa, dia hanya menerima tawaran lakonan sekiranya benar-benar diperlukan namun tidak akan menolak jika ditawarkan untuk mengacara sebuah program.

"Sebenarnya saya dalam perancangan nak sambung belajar dalam jurusan psikologi dalam masa terdekat dan sekarang masih mencari universiti yang bersesuai.

"Buat masa ini juga saya memang tengah sibuk menguruskan perniagaan bersama adik-beradik. Jadi, bidang seni saya tolak ke tepi dahulu. Lagipun, saya tak rasa diri sebagai anak seni.

"Sekiranya ada permintaan yang sememangnya memerlukan saya, mungkin saya akan terima tawaran lakonan itu. Tapi kalau untuk jadi pengacara... saya nak sebab tak memerlukan komitmen yang tinggi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Syifa Melvin, Syatilla Melvin,

Artikel Lain