suria

“Boleh tahan sedap walaupun rupanya mengerikan!” - Netizen minta Tasha Manshahar kongsi resipi kek ‘mesra baby’

Penyanyi Tasha Manshahar buat sendiri kek hari jadi untuk anak lelakinya.

SEMPENA ulang tahun pertama anak lelakinya, Muammar Rafiqi pada Ahad, penyanyi Tasha Manshahar mencabar diri untuk menghasilkan sendiri kek hari jadi.

Tasha berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman, namun dia mahu menjadikan hari tersebut sesuatu yang bermakna untuk dia dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Manshahar pakai niqab ketika berjalan seorang diri

"Daripada awal lagi saya memang dah niat nak buat kek hari jadi terutamanya untuk ulang tahun pertama Muammar walaupun sebenarnya saya tak pernah dan tak pandai buat kek langsung!

"Tapi saja nak jadikan hari ni lebih bermakna (sekurang-kurangnya untuk saya). Tengah malam semalam saya mula buat kek masa semua orang dah tidur," tulisnya.

Kek hari jadi yang dibuat sendiri Tasha Manshahar sempena ulang tahun pertama anak lelakinya, Muammar Rafiqi.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 28, turut menempah kek lain untuk dijamu pada ahli keluarga yang lain.

Tambahnya, salah satu sebab Tasha membuat sendiri kek tersebut adalah kerana usia Muammar yang masih bayi.

"Nervous gila sebab memang tak reti! Kek cantik order juga untuk orang dewasa makan.

"Tapi Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, jadi saya pun usaha la... inspirasi daripada ibu-ibu hebat di luar sana untuk buat kek yang anak boleh makan," katanya.

Tapi berani mati juga sebab sejujurnya ada kuantiti bahan yang saya agak-agak saja

TASHA MANSHAHAR

PENYANYI

Namun Tasha akui ada bahan-bahan yang dimasukkan dalam adunan kek tersebut tidak mengikut sukatan yang betul.

"Berani mati juga sebab sejujurnya ada kuantiti bahan yang saya agak-agak saja.

"Nasib baik la rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya.

Tasha mahu sambutan ulang tahun pertama anaknya menjadi memori yang bermakna untuk dia dan keluarga.

"Patut mommy boleh letak buah, tapi mommy tak sempat, sorry Muammar," ujarnya.

Tasha dan suaminya, penyanyi Fahrur Raqib Abdul Majid, 30, diijabkabul pada 8 September 2018 di sebuah majlis ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi yang berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tasha Manshahar

Artikel Lain