JIKA sebelum ini isteri penyanyi Mawi iaitu Ekin pernah dilabel sebagai ‘kaki kikis’ kerana mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, namun lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga. Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 39, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga. "Sumpah tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun gais. Cuma nak hargai pengorbanan dia. Dah terlalu banyak dia berkorban untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Tidak menyindir mana-mana pihak tapi ia realiti apa yang kita lalui - Mawi "Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah... semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan," kata Mawi. Mawi memuji isterinya itu menerusi posting di Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad. Mawi kongsi rakaman isteri beri kejutan buatnya. Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesori. Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagian pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain. Dalam pada itu penyampai radio Zayan FM ini secara berseloroh menyingkap kembali keperitan yang terpaksa dihadapi Ekin ketika mereka mula berkahwin. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata. "Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaiknya... aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang," ujarnya. Sebelum ini, Ekin mendedahkan dia pernah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh netizen selepas mengahwini Mawi yang pernah menerima jolokan 'jutawan segera'. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!