suria

Cukup tujuh tahun sambut hari lahir, Fizi Ali mohon maaf tiada kejutan buat Shakilla Khoriri kali ini - “Apa pun terjadi saya sentiasa ada di belakang awak”

Fizi minta maaf tidak dapat beri hadiah dan kejutan kepada Shakilla sempena hari lahir isterinya.

SEMPENA ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-31 tahun pada Ahad, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali memohon maaf kerana tidak memberikan hadiah dan kejutan seperti tahun lalu.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 31, biarpun tiada sebarang sambutan hari lahir namun dia sempat menyiapkan video romantik kompilasi istimewa untuk isterinya, Shakilla Khoriri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dituduh sengaja buat-buat suara besar untuk nampak 'macho' - “Suara kau macam orang tercekik halkum sendiri”

Menerusi ucapan di Instagram, Fizi mendoakan semua impian isterinya tercapai dan menyokong apa juga yang ingin dilakukan wanita itu.

"Hai sayang... cukup tujuh tahun kita sambut hari lahir awak sama-sama. Maaf tahun ini satu benda pun saya tak buat... Tak ada hadiah, tak sambut mana-mana dan tak ada kejutan.



Fizi memuat naik video romantik sempena ulang tahun kelahiran isterinya.

"Hanya video ini saya dapat bagi dekat awak. Jadi di hari lahir awak 28.6.2020 ini semoga apa yang yang awak impikan selama ini akan tercapai.

"Insya-Allah semakin hari semakin baik. Apa-apa pun terjadi saya sentiasa ada di belakang awak... Sayang awak

@shakillakhoriri," kata Fizi.

Sementara itu, di rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir dan sentiasa bahagia melayari kehidupan berumah tangga.

"Alolo tak apa, tak ada sambutan pun tak apa. Awak kasi hadiah yang mungkin lebih besar selepas ini Fizi Ali. Semoga berbahagia selalu," tulis penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar.



Fizi bersama isteri dan anak mereka.

"Happy birthday @shakillakhoriri semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki dan segala yang baik," kata isteri kepada pelawak Issey, Aimi Jamel.

"Selamat hari lahir isteri Fizi Ali, Shakilla Khoriri. Semoga Allah swt memberkati anda berdua dan keluarga. Bahagia hingga ke Jannah," kata penyanyi Ir Radzi.

Fizi dan Shakilla, mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain