suria

Peminat mahu Syamel cepat pinang Ernie Zakri - “Kami memang sedang kearah itu cuma...”

Syamel dan Ernie hargai doa baik dari peminat di laman sosial mereka.

PENYANYI Syamel berkata kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Ernie Zakri pada Selasa lalu merupakan salah satu bentuk penghargaan yang dilakukan untuk sahabat baiknya itu.

Menurut Syamel, 27, majlis yang diaturkan olehnya itu bertujuan untuk meraikan hari jadi teman baiknya setelah hampir empat tahun mereka berkawan rapat.

"Cerita sebenarnya saya dan Ernie memang tak ramai kawan... sebelum ini kami habiskan banyak masa dengan bekerja, kemudian balik rumah dan begitulah kehidupan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan malam istimewa! Air mata Ernie Zakri ‘tumpah’ kerana Syamel - “Sweet sangat... harap-harap korang berdua ada jodoh bersama”

"Empat tahun kami berkawan, apabila tiba hari jadi Ernie saya rasa ini merupakan peluang untuk saya buat satu kejutan untuk dia. Saya pun memang suka buat surprise. Itu sahajalah," katanya kepada mStar.



Syamel buat kejutan hari jadi Ernie.

Pada Selasa lalu, Ernie mengakui terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Gara-gara perkongsian Ernie di Instagram itu, ramai peminat mendoakan pasangan ini segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama.

Menyedari komen yang ditinggalkan pengikut itu, Syamel berkata tiada apa yang boleh diungkapkan selain berharap doa-doa baik daripada peminat itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.



Syamel dan Ernie hanya berkawan rapat.

"Saya baca di ruangan komen ramai yang mendoakan supaya kami cepat kahwin... sebagai orang yang memang nak mengakhiri kehidupan dengan pasangan, saya sangat hargai ucapan mereka itu.

"Kami memang sedang kearah itu cumanya kami masing-masing tak tahu dengan siapa jodoh itu. Bukan kami sengaja mahu mengada-ngada, tak nak mengiyakan atau tak mahu melayan pertanyaan peminat tentang hubungan kami, tapi memang itu prinsip kami selagi belum tiba hari kejadian kami tak mahu cakap apa-apa.

"Saya cuma mampu cakap doakan yang terbaik dan saya juga akan buat yang terbaik sebagai rakan kepada Ernie. Dalam hal ini saya percaya Ernie juga mempunyai pendapat yang sama," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ernie Zakri, Syamel

Artikel Lain