suria

Joy Revfa kagumi sifat penyabar Bella Astillah - “Walau berkali-kali dihancurkan hati, tetap maafkan suaminya”

Joy Revfa mengakui kagum dengan ketabahan Bella berdepan ujian rumah tangga.

KEKUATAN dan ketabahan Bella Astillah berdepan pelbagai ujian serta dugaan alam rumah tangga membuatkan usahawan kosmetik Joy Revfa mengagumi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu.

Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin menyifatkan Bella seorang isteri yang penyabar dan memiliki sifat pemaaf yang tinggi.

"Kagum dengan wanita seperti Bella Astillah... kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, MasyaAllah!

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa digelar 'perempuan jalang' gara-gara mesej suami orang - “Marah suami anda, jangan marah saya”

"Sifat pemaafnya sangat tebal... walau berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu.

"Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah SWT tetap hadir untuk membahagiakan pasangan ini malah bakal dikurniakan cahaya mata kedua," katanya menerusi Instagram pada Isnin.



Perkongsian Joy mengenai Bella di Instagram menarik perhatian pengikut.

Bersama kapsyen tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini turut berkongsi rakaman video pertemuannya dengan Bella, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Joy turut mendedahkan pasangan berkenaan sedang mempelajari ilmu agama bagi memantapkan lagi hubungan rumah tangga mereka.

"Syukur, dalam diam mereka berdua tetap beristiqamah dan berusaha untuk mendalami ilmu agama.

"Doa Kak Joy dan kami semua sentiasa untuk Bella dan keluarga. Amin Ya Rab," ujarnya.



Aliff dan Bella bakal timang cahaya mata kedua, bulan depan.

Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali berlaku curang dengan selebriti wanita.

Menerusi laporan mStar pada 26 April lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan turut mengaku sedang hamil anak kedua mereka yang dijangka bakal dilahirkan pada Julai depan.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bella Astillah, Joy Revfa, Aliff Aziz

Artikel Lain