suria

Sejak menduda... Alha Alfa terima gangguan mesej pelik, jampi, ayat mantera - “Menakutkan! Kenapa sampai macam ini?”

Alha Alfa dedah terima mesej daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

SEJAK memegang status duda, jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa mendedahkan dia sering menerima mesej daripada individu tidak dikenali di laman sosial yang berlagak seolah-olah kekasihnya.

Alha bagaimanapun berkata, dia tidak melayan mesej tersebut kerana bimbang dengan tujuan individu berkenaan cuba mendekatinya.

"Saya selalu dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik. Menakutkan, jampi-jampi ayat macam mantera la apa la!

ARTIKEL BERKAITAN: Alha Alfa dedah ramai wanita cuba nasib - “Ada makcik yang mahu jadikan menantu”

"Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang-orang kita ni, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan.

"Mengarut yang bukan-bukan boleh datangkan fitnah benda ini. Astagfirullahaladzim, bawa-bawa mengucap!," tulisnya di Instastory.



Alha kongsi mesej perbualan diterima di Instastory.

Pengasas produk kecantikan ini turut memuat naik mesej perbualan yang dikirim oleh individu tidak dikenali menerusi laman sosial miliknya.

"Saya ada buat awak marah ke? Saya suka awak saya sayang awak. Jangan tinggalkan saya, saya buat salah apa?" antara mesej yang diterima jurusolek itu.

Pada April lalu, Alha mendedahkan selepas sebulan bercerai, dia menerima lamaran daripada ibu bapa yang ingin menjadikannya menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi.



Antara mesej perbualan yang diterima oleh Alha di media sosial.

"Ada yang menyatakan hasrat ingin saya menjadi suami mereka dan sanggup susah senang bersama... lebih mencuit hati apabila ada makcik dan pakcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa wang hantaran dan tidak perlu diadakan sebarang majlis.

"Sejujurnya, untuk cari pengganti belum terfikir lagi buat masa ini... kalau sekadar kenal-kenal untuk berkawan itu bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum berkahwin," katanya.

Pada 22 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Alha mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina bersama isteri, Noor Azlin Ismail hanya bertahan selama enam bulan.

Alha memberitahu perbezaan usia dan faktor kerjaya menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alha Alfa

Artikel Lain