suria

10 tahun jadi artis Shakilla Khoriri akhirnya mampu beli kereta baharu! - “Kerja macam aku ni tak tentu... gaji sekejap ada sekejap tiada”

Shakilla bersyukur akhirnya impian memiliki kenderaan baharu tercapai.

IMPIAN pelakon Shakilla Khoriri untuk memiliki kenderaan baharu atas namanya sendiri akhir tercapai selepas 10 tahun bekerja.

Menurut Shakilla, hasil pendapatan yang tidak menentu sebagai anak seni menyukarkan proses untuk membuat pinjaman bank menyebabkan dia hanya mampu membeli kereta terpakai.

"Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru, nama sendiri, bayar sendiri semua sendirilah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup tujuh tahun sambut hari lahir, Fizi Ali mohon maaf tiada kejutan buat Shakilla Khoriri kali ini - “Apa pun terjadi saya sentiasa ada di belakang awak”

"Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gaji sekejap ada sekejap tiada, payah nak lepas pinjaman. Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragam banyak kosnya.



Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman memiliki kenderaan baharu.

"Alhamdulillah walau macam mana pun bekas-bekas kereta aku dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan famili jalan-jalan," katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia berkongsi foto kereta baharu jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Mazda berwarna merah.

Sementara itu, isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ini turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki untuk memiliki kereta idaman tersebut.



Shakilla bersama suami Fizi Ali dan anak mereka.

"Seumur hidup tak pernahlah berkenan nak bergambar dekat kereta ni kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah! Tak suka.

"Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri.

"Loan payah tapi Allah mudahkan dengan temukan aku dengan jurujual dan segalanya dipermudahkan. Hariri yang banyak update dan uruskan pasal pinjaman sampai gedebuk keluar kereta. Syukur!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shakilla Khoriri, Mazda

Artikel Lain