suria

Ada individu buat 'live' Bigo menyamar jadi Fasha Sandha - “Dia tunjuk muka sebelah, tak pakai tudung!”

Fasha Sandha minta individu berkenaan berhenti menyamar menjadi dirinya.

BAGI mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminat, pelakon Fasha Sandha menjelaskan dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di laman sembang, Bigo.

Justeru itu, Fasha meminta individu yang menyamar menjadi dirinya segera menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

"Saya tiada Bigo dik. Tolong beritahu dia untuk hentikan penyamaran ya! Terima kasih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dahlah mahal, kepam... tak berkualiti!” - Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut di laman Instagram.

Menurut peminat itu, ada individu melakukan penyamaran di aplikasi sembang berkenaan dan mengaku dirinya sebagai Fasha Sandha.



Peminat maklumkan mengenai kewujudan akaun palsu menggunakan nama dan fotonya.

Individu berkenaan turut didakwa menggunakan nama dan foto pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini, sekaligus menimbulkan kekeliruan pengguna lain.

"Akak (Fasha) ada guna Bigo ke? Tadi dalam Bigo ada yang mengaku diri akak Fasha... nama dan gambar sama macam dalam Instagram.

"Tapi dia tunjuk muka sebelah sahaja, tak pakai tudung... harap-harap itu bukan akak Fasha," tanya seorang pengikut.

Bigo merupakan salah satu aplikasi sembang (live streaming) yang menjadi platform untuk pengguna bersiaran langsung bersama pengikut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fasha Sandha, Bigo

Artikel Lain