suria

Syafie Naswip muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial - “Berhenti salahkan gender, ini bukan sebab lelaki atau perempuan”

Syafie muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial.

BOSAN dengan isu rogol yang menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen, pelakon Syafie Naswip meminta orang ramai berhenti berbalah mengenai hal itu.

Syafie menerusi laman sosialnya pada Khamis berpendapat, punca terjadinya perbuatan terkutuk itu bukan daripada lelaki atau wanita sebaliknya kekurangan didikan yang diterima seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘filter’ jadi punca rogol, pendakwah tegaskan lelaki, wanita perlu sama-sama jaga pandangan

"Berhenti salahkan gender, ini bukan sebab lelaki atau perempuan. Itu pilihan masing-masing dan cara didikan macam mana.



Syafie memuat naik status tersebut di Instastory.

"Apabila beri ceramah, teguran, nasihat, video komen atau sebagainya, jangan cakap atau tulis lelaki semua perangai macam ****. Perempuan semua perangai macam ****. Jangan begitu," kata Syafie.

Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebencian.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice berdebat dengan Fynn Jamal yang mengaitkan aplikasi filter di laman sosial dengan jenayah rogol menerusi siaran langsung Instagram (IG Live).

Caprice juga keliru dengan kenyataan Fynn yang mengatakan punca rogol berlaku disebabkan wanita menggunakan 'filter' di laman sosial secara berlebihan.

Selain Caprice, pelakon Wardina meminta Fynn untuk memohon maaf kepada semua orang dan beritahu dirinya bersimpati atas mangsa rogol memandangkan perogol yang sepatutnya dipersalahkan.



Caprice berdebat dengan Fynn mengenai isu jenayah rogol menerusi IG Live.

Dalam pada itu, Syafie menasihati netizen agar menggunakan platform laman sosial secara matang dan bukan menjadikan ruangan komen sebagai tempat melepaskan kebencian.

"Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebencian. Kalau kau nak benci lelaki atau perempuan, then kau seorang saja.

"Jangan tanamkan pada anak bangsa lain. Ingat bukan salah jantina. Aku okey saja cuma lama-lama dengar jadi muak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain