suria

Kenderaan pertama banyak jasa, jadi saksi cinta Aaron Aziz dan isteri - “Siapa ingat Janji Diana RTM mesti ingat kereta ini...”

Perkongsian Aaron Aziz mengenai kenderaan pertama miliknya semasa berhijrah ke Malaysia.

TIGA tahun pertama menceburi industri seni Malaysia, pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kenderaan yang banyak berjasa kepada dirinya dan kerjaya sebagai pelakon.

Aaron berkata, kereta jenis Toyota Vios itu digunakan untuk dia berulang alik dari Singapura ke Malaysia, selain mempunyai nilai sentimental apabila menjadi saksi cintanya kepada isteri Datin Diyana Halik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri susah hati Aaron Aziz demam panas sejak Khamis - “Dia pergi hospital sendiri tak benarkan kami ikut”

"Kereta pertama saya, kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005 hingga 2008, naik turun Singapura dan Kuala Lumpur selama tiga tahun masa mula berlakon di Malaysia.

"Kalau siapa ingat drama Janji Diana (RTM) mesti akan ingat kereta ni dan dalam kereta itulah Diyana saya dah berjanji sehidup semati... InsyaAllah!," tulisnya menerusi Instagram.



Perkongsian Aaron di Instagram menerima pujian pengikut.

Sementara itu, pelakon filem KL Gangster ini memberitahu kenderaan berwarna hitam itu turut menjadi tempat untuk dia berehat dan melepaskan lelah.

"Nama anak saya Anaqi ada di bonet kereta. Kereta inilah menjadi rumah kalau tiada tempat tidur... kereta inilah yang tempat rehat.

"Kereta inilah yang sangkut banjir dekat Ampang, kereta inilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih Allah," katanya.



Aaron bersama isteri dan anak-anak tersayang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji ketabahan dan pengorbanan Aaron sepanjang memulakan karier di negara orang.

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aaron Aziz

Artikel Lain