GARA-GARA membuat suntingan keterlaluan pada foto di majlis ulang tahun ke-28, pelakon Uqasha Senrose menerima teguran pengikut laman sosialnya. Menerusi foto tersebut, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menyunting bahagian pinggulnya sehingga membuatkan lilin pada kek hari jadi turut membengkok. ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik lambat daripada buat keputusan yang salah” - Uqasha tidak cemburu kebahagiaan Nelydia Senrose Foto romantik bersama pelakon Kamal Adli itu turut mendapat perhatian jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa. "Perangai! Herot lilin... selamat hari jadi Uqasha. Awak hebat! Rindu awak," komen Alha Alfa. Uqasha ditegur netizen selepas berkongsi foto ulang tahun yang disunting. "Tertarik dan tak perasan... habis la kita kena kecam ni," jawab Uqasha. Berikutan insiden itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram Uqasha dengan meluahkan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut. Segelintir mereka menganggap tindakan itu dilakukan bertujuan menampakkan bentuk badannya menjadi lebih menarik dan kecil. "Ya Allah, siapa yang edit ni. Ketara sangat kecilkan badan. Uqasha meraikan ulang tahun yang ke-28 bersama kenalan rapat dan ahli keluarga. "Sampai bengkok lilin api tu. Maaf la mata sis tertumpu. "Selamat hari jadi kak Sha tapi kenapa kak Sha edit teruk sangat. "Mak ai... edit sampai melengkung betul lilin tu," komen beberapa netizen. Ramai peminat mendoakan agar Uqasha dan Kamal ditemukan jodoh. Dalam pada itu, kehadiran pelakon Kamal Adli pada majlis istimewa itu turut mencuri perhatian netizen. Rata-rata mendoakan agar pasangan itu segera ditemukan jodoh. "Kalau Kamal Adli ada di situ, aku reda dan akan ambil setapak ke belakang. "Selamat hari jadi Uqasha. Semoga Allah limpahi rahmat. Cepat saja la kahwin dengan Kamal," tulis beberapa netizen. Spekulasi hubungan antara Uqasha dan Kamal timbul selepas mereka sering berkongsi foto dan video bersama di Instagram. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!