suria

Geram kedai jadi tempat buang sampah, Nabila Huda nak pasang CCTV! - “Tunggulah saya akan tayang di IG”

Nabila Huda berang individu tidak bertanggungjawab membuang sampah di hadapan premis makanannya.

BERANG dengan sikap tidak bertanggungjawab orang awam, pelakon Nabila Huda menegur tindakan mereka yang membuang sampah sesuka hati di depan gerai makanannya, Waroeng Isabella.

Menurut Nabila, sifat pengotor yang diamalkan oleh segelintir masyarakat disebabkan kurangnya didikan awal di usia kanak-kanak sehingga mereka menjadikan perkara itu satu kebiasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hanya buka gerai... Jangan impikan layanan macam restoran mahal

"Sekarang ni saya nak cakap, kenapa korang tak boleh nak buang tabiat suka buang sampah merata-rata?

"Sebagai ibu bapa, kita kena didik anak daripada kecil untuk buang sampah dalam tong sampah.



Nabila berang ada individu tak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.

"Bukan kita makan burger, koyakkan sos cili tu dan buang ke luar kereta.

"Ya Allah apalah bodoh sangat ni," kata Nabila.

Pelakon drama Dendam Aurora ini turut menasihati orang ramai agar tidak membuang pelitup muka (mask) yang sudah dipakai di tempat awam.

Nabila berkata seseorang individu tidak perlu mempunyai pendidikan yang tinggi untuk mengamalkan kebersihan malah perkara ini merupakan asas dalam kehidupan.

Biarlah kita tak belajar tinggi tapi jangan bodoh

NABILA HUDA

PELAKON

"Korang tak rasa geli ke jalan kat tempat yang banyak sampah? Korang tahu tak rasa dia macam kotor sangat tau berjalan di tempat yang bersepah.

"Memang la kita nak kena pakai mask untuk keselamatan diri tapi janganlah buang mask tu merata-rata, campak dekat tepi jalan.

"Kenapa dengan korang ni? Biarlah kita tak belajar tinggi tapi jangan bodoh.

"Benda macam ni sepatutnya tak perlu beritahu, boleh fikir sendiri," jelasnya.



Nabila mengusahakan perniagaan gerai makan bersama suaminya, Mohd Izwan Johar.

Menerusi sebuah lagi video yang dikongsi Nabila, pelakon itu berkata dia akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti mana-mana individu yang melakukan perkara itu.

Tambahnya, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi rakaman tersebut di Instagramnya supaya rakyat Malaysia dapat melihat identiti pelaku yang gemar membuang sampah sesuka hati.

"Saya dah jumpa dah idea macam mana nak selesaikan masalah ni.

"Saya akan pasang CCTV dekat luar kedai saya jadi mesti CCTV tu akan rekod setiap kejadian kereta parking, orang buang sampah apa semua kan.



Nabila berharap orang ramai dapat mengubah tabiat membuang sampah merata-rata.

"Jadi bila saya dah dapat rakaman CCTV tu saya akan keluarkan di Instagram saya orang-orang yang buang sampah merata-rata.

"Jadi, dia tak boleh lari. Dia akan tengok gambar dia sendiri yang sedang buang sampah merata-rata di Instagram @kupu_kupu.

"Satu Malaysia nampak betapa buruknya perangai dia," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nabila Huda

Artikel Lain