suria

Julia Ziegler kini ibu kepada sepasang cahaya mata - “Alhamdulillah... bayi lelaki kami selamat dilahirkan”

Julia selamat lahirkan cahaya mata kedua pada petang Selasa.

PELAKON Julia Ziegler selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada pukul 4.35 petang, Selasa.

Menerusi Instastory, Julia atau nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler memaklumkan bayi lelaki seberat 3.85 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah... baby lelaki kami selamat dilahirkan pada 07.07.2020," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Ziegler dapat anak perempuan selepas 2 tahun kahwin

Sebelum itu, pelakon filem Ombak Rindu ini ada berkongsi foto berada di katil sebuah hospital menantikan saat kelahiran itu.

Rata-rata pengikut termasuklah rakan artis mendoakan supaya urusan dan proses kelahiran itu dipermudahkan.



Perkongsian Julia Ziegler di Instagram.

Pada April lalu, aktres berusia 36 tahun ini mengumumkan dirinya berbadan dua setelah usia kandungan memasuki tujuh bulan.

Dia mengambil keputusan merahsiakan mengenai kehamilan itu berikutan tidak menyangka menerima rezeki cahaya mata kedua ketika anak sulungnya baru berusia setahun.

"Sebenarnya, saya mengandung pada Oktober tahun lalu. Jujurnya, saya dan suami tak sangka rezeki cahaya mata kedua hadir dengan cepat jadi saya buat keputusan simpan cerita hamil dahulu.

"Dalam masa yang sama, saya tak puas bersama Ivana. Namun, Allah kurniakan rezeki, kami terima dengan berlapang dada," katanya.

Julia mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivana Johan berusia 1 tahun 6 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Julia Ziegler

Artikel Lain