suria

“Bayar sekali guna berkali-kali!” - Feeya Iskandar bengang peniaga produk penegang payudara ambil kesempatan

Feeya bengang ada pihak guna fotonya tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk.

PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar meluahkan perasaan bengang apabila ada pihak menjalankan perniagaan secara dalam talian menggunakan foto memaparkan wajahnya bagi tujuan publisiti di laman Facebook.

Feeya berkata tindakan pihak berkenaan adalah tidak wajar dan hanya mengambil kesempatan kerana dia tidak menerima bayaran untuk mempromosikan produk jualan mereka.

"Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali, senang hidup ambil kesempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar hairan orang ramai tetap cuba balik kampung - “Korang tak rasa ke buang masa... kenapa masih lagi berdegil?”

"Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku!," katanya.



Feeya berang fotonya digunakan untuk promosi produk.

Feeya menulis luahan rasa kurang senang itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Dia turut berkongsi paparan skrin promosi iklan yang dikeluarkan oleh peniaga produk kecantikan iaitu penegang payudara.

Sebelum ini, ramai selebriti turut menerima nasib sama apabila foto mereka digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan promosi produk di laman Facebook.

Antara selebriti yang pernah menyuarakan mengenai isu ini ialah Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal, pelakon Sherry Ibrahim dan pelawak Shuib.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Feeya Iskandar, Suria FM

Artikel Lain