suria

Lima tahun berkahwin, suami Abby Abadi akui gagal jadi yang terbaik - “Aku menangis fikir diri ini serba kekurangan”

Jaiezzanny bersyukur memiliki isteri yang sentiasa menyayangi dirinya.

BAKAL menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos depan, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa cinta terhadap isterinya di laman Instagram.

Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai berkata biarpun dia masih gagal menjadi seorang suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayang kepadanya tanpa jemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi dituduh pilih kasih, kerap 'post' foto anak kedua sahaja - “Hari ini kebetulan ulang tahun Dania, jadi banyaklah gambar dia”

"Lima tahun kita membina mahligai ini sayang. Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.



Jaiezanny turut berkongsi video romantik mereka.

"Kasi sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun... maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.

"Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan. Kau tabah hadapi segalanya.

"Walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini. Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu," katanya.

Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu.

JAIEZZANNY

SUAMI ABBY ABADI

Jai turut memuat naik video kenangan manis mereka bersama yang disuntingnya sendiri di laman sosial.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan doa netizen untuk pasangan itu sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.



Pasangan ini mempunyai tiga orang anak angkat.

Bagaimanapun, mereka mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Dalam pada itu, Jai turut mengakui tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika memikirkan dirinya tidak sempurna sebagai ketua keluarga.

"Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu... tidak ada sebarang keluhan dari mu. Kau tetap tersenyum manis," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Abby Abadi, Jaiezzany,

Artikel Lain