suria

Sudah 40 minggu hamil, Bella Astillah bimbang belum ada tanda nak bersalin - “Apa yang patut saya buat?“

Bella Astillah dijangka melahirkan pada Jumaat.

PELAKON Bella Astillah melahirkan rasa bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin biarpun kandungan sudah mencecah 40 minggu.

Menerusi perkongsian Instagram Story, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata bayi dalam kandungannya sudah terlalu selesa berada dalam perut walaupun dia sepatutnya melahirkan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu rahim sudah terbuka 2 cm, Bella Astillah tetap sambut hari lahir Ayden - “Dia risau... tapi mahu juga teruskan majlis itu”

"Hari ini sepatutnya due date saya.

"Kandungan sudah 40 minggu tapi masih hamil. Bayi kecil ini sudah terlalu selesa duduk dalam perut.



Usia kandungan Bella sudah mencecah 40 minggu.

"Hari ini saya mungkin tak dapat balas mesej yang dihantar," tulisnya.

Bella turut meminta nasihat dan tip dari pengikut Instagramnya kerana sehingga kini masih tiada tanda dia bakal melahirkan anak keduanya itu.

Tambahnya, pemeriksaan kandungan hanya akan dilakukan pada petang Jumaat namun sementara itu dia akan kekal aktif sepanjang hari untuk memudahkan proses bersalin.

"Saya masih belum bersalin dan tak ada tanda-tanda lagi pun... apa yang patut saya buat, ya?" tulis Bella.



Bella bersama anak sulungnya, Ayden Adrean.

"Pemeriksaan kandungan akan dibuat petang nanti, tapi sepatutnya tarikh bersalin hari ini.

"Saya akan sentiasa aktif hari ini. Saya akan jalan pantas pada pagi ini dan naik turun tangga. Lepas tu, orang cakap minum air kelapa, kan?" ujarnya.

Sebelum ini, menerusi perkongsian usahawan kosmetik Rita Sosilawati di Instagram, Bella masih aktif mengadakan majlis ulang tahun anak sulungnya, Ayden Adrean yang ketiga walaupun pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.

Ketika dihubungi mStar pada 10 Julai lalu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan perkara itu dan mengakui risau dengan keadaan kakaknya.



Bella menyambut hari lahir Ayden pada 10 Julai lalu.

"Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah rasa perut keras dan tanda-tanda nak bersalin.

"Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat parti hari jadi Ayden.

"Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar," kata Didi.

Bella berkahwin dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahay mata lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bella Astillah

Artikel Lain