suria

Zarina Anjoulie tamat zaman janda, dipercayai sudah berkahwin dengan jejaka pilihan pada Jumaat

Zarina Anjoulie berkahwin dengan jejaka pilihan di Negeri Sembilan.

EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, pelakon sensasi Zarina Anjoulie memberi bayangan sudah bergelar isteri dan selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Eilyas Azhar pada Jumaat.

Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik di Instastory, Zarina dilihat cantik berbusana pengantin serba putih bersama kekasihnya di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini dipercayai bernikah di lokasi berkenaan dan kehadiran bapa Zarina dalam rakaman video tersebut mengukuhkan lagi khabar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie tak duduk diam! Tuntut Amyza Aznan dan Emelda Rosemila bayar ganti rugi RM4 juta, mohon maaf terbuka

Bagaimanapun, Zarina tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu.

Zarina lakukan persiapan sebelum pernikahan sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, menerusi Instagram jurusolek Aizat Abdul Razak, Zarina memberitahu dia dan kekasih berkahwin pada Jumaat.

"Jangan lupa esok (Jumaat) Anju kahwin," kata Zarina.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Zarina bersama kekasihnya dikenali Yas.

Sebelum ini, Zarina pernah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus perkahwinan.

Namun hasrat mereka itu terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zarina Anjoulie, kahwin

Artikel Lain