suria

Hairi Safwan lebam mata kanan ‘makan’ penumbuk suami maki isteri ‘kau pelacur’

Mata kanan Hairi lebam selepas berlaku pergelutan dengan seorang lelaki di farmasi.

PERKATAAN 'kau pelacur' yang keluar dari mulut seorang suami ketika bertengkar dengan isterinya menjadi penyebab mata pelakon Hairi Safwan lebam sebelah terkena 'penumbuk sulung'.

Peristiwa itu berlaku di sebuah farmasi di Subang Jaya, Selangor Khamis lalu apabila Hairi bertindak menegur lelaki yang mengeluarkan kata-kata berkenaan.

"Ketika itu saya sedang dukung anak lalu ternampak ada pasangan suami isteri ini bergaduh. Lelaki itu mula maki hamun dengan kata-kata kesat kepada isterinya termasuk ayat 'kau pelacur'.

"Saya memang pantang kalau ada lelaki yang kurang ajar terhadap perempuan dan panggil wanita dengan perkataan itu. Jadi, saya pun pergi dekat mereka untuk tegur tindakan lelaki tersebut dengan cara baik.



Keadaan mata kanan Hairi yang ditumbuk individu tersebut.

"Tapi tiba-tiba lelaki itu terus tumbuk terkena mata saya yang sedang dukung anak. Berlaku la pergelutan dan kami berdua mengalami kecederaan. Pergelutan itu terhenti sebab anak saya menangis," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Hairi berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto keadaan mata kanannya lebam di laman sosial pada Sabtu.

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan pujian daripada netizen yang rata-ratanya menganggap Hairi seorang lelaki yang hebat kerana menghormati seseorang wanita dengan cara menegur kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hairi Safwan Aznan ini memberitahu kes mereka selesai selepas dia membayar kos rawatan memandangkan individu tersebut enggan membuat laporan polis.



Hairi kena membebel dengan isteri selepas insiden tersebut.

"Pada mulanya, saya memang ajak buat laporan polis tapi dia tidak mahu sebab dia yang memulakan pergelutan tersebut. Jadi kami selesai dengan saya bayar kos rawatan kecederaan yang dia alami.

"Tapi keluar saja farmasi dan saya masuk kereta, kena membebel dengan isteri. Sebab isteri nampak masa lelaki itu tumbuk saya tengah dukung anak.

"Apa-apa pun, jangan sesekali kita hina dan kata wanita pelacur. Pada hal puncanya daripada lelaki bukannya takdir," ujarnya.

Sementara itu menurut Hairi, pemuda itu dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian tangannya akibat pergelutan yang berlaku.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain