suria

Pengarah drama Nurhalim Ismail meninggal akibat kanser... Al-Fatihah

Nurhalim (kanan) bersama pelakon Zamarul Hisham.

PENGARAH Nurhalim Ismail yang menderita sakit kanser paru-paru tahap empat menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 10.30 malam, Jumaat.

Allahyarham Nurhalim, 63, dibawa ke surau Ar-Rahman, Seksyen 9, Putra Height, Shah Alam untuk dimandikan dan dikafankan pada pukul 8 pagi manakala solat jenazah dijadualkan pada 10 pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas masalah jantung, pengarah drama Nurhalim Ismail disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat - “Kini semua bergantung keadaan tubuhnya”

Jenazah dijangka dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan di USJ 21, Subang Jaya, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Shera Aiyob pernah bekerjasama dengan Nurhalim. (Foto: Instagram Shera Aiyob).

Menerusi laporan mStar pada 17 Jun lalu, Allahyarham telah selamat menjalani pembedahan berkaitan jantung di Hospital Serdang, Selangor dan turut disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat pada ketika itu.

Selain menjadi seorang pengarah, arwah Nurhalim adalah penerbit dan pemilik Nur TV Production.

Arwah juga antara orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama sama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak (Arwah), Othman Zainuddin (Arwah) dan M Yusof Mohamad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nurhalim Ismail,

Artikel Lain