suria

Ibu Ashraf Sinclair ada pesanan untuk BCL, doa terus kuat - “It's time to move on”

Dida mendoakan yang terbaik untuk menantunya, BCL.

IBU kepada pelakon Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman menyifatkan lagu terbaharu nyanyian Bunga Citra Lestari (BCL) berjudul 12 Tahun Terindah merupakan hadiah paling bermakna buat mereka sekeluarga.

Selain sebagai tanda ingatkan untuk Allahyarham Ashraf, Khadijah atau lebih dikenali sebagai Dida Sinclair berkata lagu berkenaan juga membangkitkan semangat penyanyi itu meneruskan kehidupan bersama anak tercinta, Noah Sinclair.

"12 Tahun Terindah... Alhamdulillah, sebuah hadiah terindah daripada Allah SWT untuk insan tersayang Bunga dan Allahyarham Ashraf.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru seminit dengar dah menangis... moga Unge terus kuat!” - BCL abadikan kisah cinta dengan Ashraf Sinclair dalam ‘12 Tahun Terindah’

"Satu hadiah yang akan Bunga hargai dengan seluruh hidupnya untuk membawa Noah menjadi anak soleh... semua diajar oleh arwah kini ada dalam diri Noah.



Dida tulis ucapan tahniah dan minta Bunga terus kuat.

"Doaku semoga Bunga dirahmati Allah SWT, tetap kuat dan berada dalam keadaan baik, bahagia dan bersyukur serta sentiasa menyumbang... satu legasi yang ditinggalkan Ashraf untuk Bunga, Noah dan kami semua," katanya menerusi Instagram.

Setelah lima bulan pemergian suami tersayang, BCL melancarkan lagu baharu berjudul 12 Tahun Terindah pada Ahad.

It's time to take another step to move on... kami bersamamu Bunga. Besar cinta daripada keluarga besarmu di Malaysia

DIDA SINCLAIR

IBU ASHRAF SINCLAIR

Dalam video muzik yang dimuat naik di laman YouTube, BCL turut berkongsi koleksi rakaman momen indah mereka antaranya kenangan pertemuan pertama dia dengan arwah suaminya di sebuah program televisyen terbitan Astro pada 2007.

Selain itu, anak lelaki BCL dan Ashraf iaitu Noah turut digambarkan dalam video muzik tersebut sebagai kekuatan buat penyanyi itu bagi menggantikan arwah bapanya.



12 Tahun Terindah menyentuh hati ramai peminat.

Video muzik berkenaan kini menerima lebih enam juta tontonan dan hampir 65,000 komen daripada pengikut.

Dalam pada itu, Dida meminta menantunya itu terus bergerak kehadapan dan menghiburkan orang ramai.

"It's time to take another step to move on... kami bersamamu Bunga. Besar cinta daripada keluarga besarmu di Malaysia.

"Tahniah atas penghasilan 12 Tahun Terindah, berkongsi dan menghiburkan kami semua. Alhamdulillah!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain