MENGIMBAU kembali sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, penyanyi Rosma berkata dia sering menjadi mangsa body shaming berikutan saiz badan yang agak berisi. Lebih dahsyat apabila bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini mengakui ada pihak berpendapat dia tidak sesuai bercinta dengan Khai yang kini merupakan suaminya. "Saya pernah dikecam teruk kerana memiliki badan sedikit berisi. Ada satu kejadian semasa sesi promo di ruang sembang maya, saya terima komen pedas membabitkan fizikal diri... individu itu kata sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai. ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika zaman kemuncak kami alpa, tiada siapa bimbing urus kewangan” - Khai dan Rosma buka cerita punca artis hidup susah "Ada juga yang cakap usia muda tapi saiz berbadan tembam seperti makcik-makcik yang ada anak ramai. Begitu juga yang terang-terangan cakap saya tak cantik, debab dan bulat. "Namun kalau nak ikutkan sejak zaman remaja saya memang jenis yang comot dan tak fikir pun soal nak cantik... orang nak cakap apa itu, lantaklah! Cuma saya mula terfikir nak jaga penampilan diri selepas keluar AF1, ” katanya. Rosma dan Khai digosipkan bercinta sejak AF1. Gara-gara terkesan dengan hinaan tersebut, Rosma atau nama sebenar Rosmayati Sidik berkata dia nekad memulakan diet secara ekstrem sehingga membahayakan kesihatannya. "Selepas menyertai AF1, berat badan saya naik mendadak dan pernah mencecah 70 kilogram... sampai hati saya terdetik besar sangat ke badan aku ini? Disebabkan nak kurus sangat, saya mulakan diet dengan cara salah sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke sebuah hospital. "Biasalah tak ada ilmu, tapi berlagak pandai cuba segala diet. Tapi saya tak putus asa sehinggalah menemui cara diet yang betul dan hasilkan formula produk sendiri. Alhamdulillah sekarang selepas berkahwin dan ada anak, berat saya sekitar 47 kilogram," katanya yang mengeluarkan produk sendiri selepas melahirkan anak kedua. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana... Alhamdulillah suami sangat memberikan sokongan! Segala pahit getir sepanjang perjalanan karier ini mematangkan kami. ROSMA PENYANYI Meskipun sibuk menguruskan perniagaan produk kesihatan dan pelangsingan badan MS SenaRos, Rosma berkata dia tidak pernah melupakan karier nyanyian yang menjadi minatnya sejak kecil. "Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang perniagaan dan kini nyanyian jatuh di tangga kedua tapi itu tak bererti saya tak mahu menyanyi lagi. Sebelum ini pun ada tawaran menyanyi secara tertutup, selain membuat persembahan di hotel ketika bulan Ramadan. Khai dan Rosma bersama anak-anak mereka. "Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun... mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu tapi Allah Maha berkuasa membuka pintu rezeki dalam dunia perniagaan pula. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. "Alhamdulillah suami sangat memberikan sokongan! Segala pahit getir sepanjang perjalanan karier ini mematangkan kami. Cabaran bisnes semestinya ada, nak labur duit untuk buat modal pun bukan senang tapi setelah enam tahun syukur kami dapat lihat hasilnya," katanya. Rosma, 35, dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!