suria

Aishah gembira akhirnya ada 'job' selepas empat bulan PKP, tapi geram golongan 'wristband pink' selamba keluar makan! - “Kasihanlah pada kami...”

Aishah bimbang gelombang kedua Covid-19 berlaku.

PENYANYI Aishah meluahkan perasaan gembira akhirnya menerima tawaran persembahan pentas selepas empat bulan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Aishah mengakui bimbang apabila terdapat penambahan kes baharu akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah berat hati lepaskan anak keluar bekerja - “Allah saja tahu, berperang dengan musuh yang tak nampak!”

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink... tunggu denda dan tindakan selanjutnya

"Hari ini Alhamdulillah hati berbunga-bunga bila akhirnya selepas hampir empat bulan tidak bekerja (kecuali persembahan online dan televisyen), saya dapat tawaran untuk membuat persembahan. Dalam erti kata lain, job.

"Tapi yang buat saya rasa seram bila membaca berita tentang makhluk-makhluk yang tak bertanggungjawab, senang-senang berjalan-jalan... makan-makan... minum-minum di tempat awam walaupun terang-terang telah diperintah untuk berkuarantin," tulisnya di Instagram pada Rabu.



Aishah berharap rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Aishah meminta individu yang berpotensi dijangkiti Covid-19 agar tidak mengambil mudah dengan situasi yang sedang berlaku.

Tambahnya, dia tidak mahu sikap pentingkan diri segelintir pihak itu memberi kesan kepada ekonomi serta mata pencarian golongan bekerja terutama yang berada dalam industri hiburan.

"Allahuakbar tak faham-faham lagi ke? Kalau sendiri rasa nak mati silakanlah tapi janganlah membahayakan orang lain. Situasi baru nak beransur pulih, janganlah kita ambil mudah!

"Berapa ramai antara kita yang terkesan kehidupan kerana wabak Covid-19, nak suruh duduk rumah pun susah sangat... korang rasa boleh mati ke kalau tak dapat minum teh tarik dekat luar?

Situasi baru nak pulih, jangan kita ambil mudah!

AISHAH

PENYANYI

"Kasihanlah pada kami, golongan yang paling last sekali baru dibenarkan untuk bekerja semula. Bersediakah kita untuk mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula? Kesan ekonominya sangat besar, masih ada yang sambil lewa.

"Susah sangat ke nak patuh SOP ni? Berapa perniagaan lagi yang akan lingkup kalau kita kena lalui PKP lagi?" ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah turut menasihati orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Katanya lagi, orang awam perlu bersama-sama berjuang memerangi pandemik yang melanda dan mengelakkan gelombang kedua Covid-19 daripada berlaku.



Foto menunjukkan gelang tangan pemantauan kuarantin, dipercayai ditanggalkan di KLIA turut tular di laman sosial.

"Tak sedar-sedar lagi ke? Come on guys, jangan sampai nanti kalau kita terpaksa lalui gelombang kedua, ketiga. Nauzubillah, hinggakan kerajaan pun tak mampu lagi nak membantu.

"Pakai saja mask tu, cuci tangan selalu, pakai sanitizer, jangan masuk tempat yang sesak, jaga penjarakan sosial. Susah sangat ke? Please la," jelasnya.

Memetik laporan mStar pada Selasa, foto seorang wanita warga emas memakai gelang tangan merah jambu yang menunjukkan masih dalam tempoh kuarantin di rumah tersebar di laman sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya pemberita dalam sidang media petang Selasa mengesahkan insiden tersebut.

"Kes ini memang betul. Mereka pakai wristband (gelang tangan) tapi apabila mereka keluar di tempat awam, mereka telah dikesan oleh rakyat dengan menangkap gambar dan terus hantar gambar kepada kita.

"Individu tersebut melanggar peraturan-peraturan kuarantin di rumah. Jadi, tindakan akan diambil oleh pihak kita iaitu mungkin denda dan tindakan selanjutnya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram

Aishah, Covid-19

Artikel Lain