suria

Risaukan Fazura dan anak dalam kandungan, Fattah Amin jadi paranoid - “Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang”

Fattah akui berasa bimbang keluar bekerja dalam keadaan isteri tengah sarat mengandung.

TERPAKSA kembali ke set penggambaran, pelakon Fattah Amin mengakui agak bimbang risiko dijangkiti Covid-19 terutama ketika isterinya Nur Fazura sedang hamil anak pertama mereka.

Fattah Amin berkata, dia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi keselamatan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura tak nak lepas Fattah keluar rumah! - “Dia punya manja... siap cakap kalau boleh saya jangan pergi penggambaran”

"Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat.



Fattah dan Fazura bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada Oktober depan.

"Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

"Apa-apa pun kena pandai jaga diri. InsyaAllah tak ada apa-apa. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah," kata Fattah kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika sesi Borak Pink Smile bersama pelakon gandingannya, Sweet Qismina dan pengarah drama tersebut iaitu Ayie Mustapa baru-baru ini.

Isterinya yang juga aktres Fazura kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka dan dijangka akan bersalin pada Oktober depan.

Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

FATTAH AMIN

PELAKON

Berkongsi mengenai drama terbaharu lakonannya berjudul Pink Smile, Fattah memberitahu tiada babak yang terlalu mencabar kerana jalan cerita yang ringan dan mudah untuk difahami.

"Alhamdulillah, saya tak ada masalah pun nak membawa watak sebagai Areeq adalam drama itu sebab karekter lebih kurang sama dengan drama saya sebelum ini.



Fattah pertama kali bergandingan dengan Sweet menerusi drama Pink Smile.

"Jalan cerita pun tak berat dan mudah untuk penonton nak memahami. Lagipun, drama ini berdasarkan novel, jadi sesiapa yang dah baca mungkin akan tahu jalan cerita.

"Tapi di pertengahan episod, akan ada beberapa konflik yang penonton tidak dapat jangkakan. Yang penting, drama ini memang seronok untuk ditonton," ujarnya.

Drama Pink Smile turut dibintangi oleh Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil dan ramai lagi akan mula ditayangkan pada 31 Julai depan di slot Lestari, TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain