suria

“Mula-mula ingat saja nak bermanja, rupa-rupanya...” - Idzham Ismail urut isteri setiap malam, buang angin sebelum tidur

Isteri Idzham Ismail alami alahan teruk sepanjang proses kehamilan kedua ini.

MEMASUKI usia kandungan lima bulan, pelakon Idzham Ismail berkata isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin mengalami alahan lebih teruk berbanding ketika hamil anak pertama.

Cerita Idzham, 32, isterinya mudah loya dan muntah-muntah jika makan hidangan yang sama serta perlu diurut setiap kali sebelum tidur.

"Alhamdulillah, kandungan isteri dah masuk lima bulan... masa mengandung anak pertama tiada alahan tapi kali ini agak teruk, isteri sering mengadu badan masuk angin dan cepat rasa loya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok anak minta susu pun simpati apatah lagi dengar tangisan didera - Idzham Ismail

"Setiap malam saya akan urut keluarkan angin dulu sampai dia tidur. Selain itu, dia tak boleh makan makanan yang sama setiap hari.

"Mula-mula ingat dia saja nak bermanja, rupanya selepas tengok situasi dan keadaan dia, betullah itu alahan ibu hamil... sebagai suami saya ikutkan sahaja permintaan isteri," katanya kepada mStar.

Idzham bersama isteri dan anak tersayang.

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu menerusi laman Instagram, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini berkongsi rakaman isterinya melakukan pemeriksaan ultrasound bagi mengetahui perkembangan bayi mereka yang dijangka akan dilahirkan pada awal Disember ini.

Jantina dah tahu... tapi saya dan isteri sepakat untuk merahsiakan terlebih dahulu!

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

"Alhamdulillah, kandungan sihat dan sempurna! Tak sabar rasanya nak tunggu anak kedua kami ini dilahirkan nanti.

"Jantina dah tahu... tapi saya dan isteri sepakat untuk merahsiakan terlebih dahulu. Kita nak buat kejutan untuk keluarga kami.

Idzham maklumkan anak kedua dalam kandungan isterinya membesar dengan sihat dan sempurna.

"InsyaAllah kalau keadaan semasa mengizinkan kami merancang nak buat majlis gender reveal, semasa itu baru kami akan maklumkan jantina bayi ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Idzham memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran drama 1 To Hantu yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga sibuk menguruskan perniagaan katering makanan bersama isteri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain