suria

Ikut jejak Bandi Amuk dan Encik Mimpi, penyanyi rap, Yaph selesa sorok identiti - “Keluarga pun tak tahu saya jadi penyanyi”

Yaph mahu karya dikenali tanpa dedah identiti.

JIKA sebelum ini dua penyanyi iaitu Bandi Amuk dan Encik Mimpi menggunakan konsep tidak mendedahkan identiti, kini muncul penyanyi rap yang mahu dikenali sebagai Yaph juga mengikut langkah sama.

Penyanyi baharu berusia 28 tahun ini berkata, perkara itu dilakukan kerana ingin masyarakat lebih mengenali hasil karyanya berbanding personaliti.

"Saya seorang yang sukakan privasi dan dalam pada masa yang sama mahu orang kenal karya saya. Sebab itu saya menggunakan konsep tidak mendedahkan identiti sebenar.

"Tak perlu orang tahu siapa saya tapi apa yang penting, orang kenal dan tahu tentang karya yang saya hasilkan. Saya nak orang lebih hargai karya seseorang berbanding melihat rupa paras.

Isteri saya juga baru saja mengetahui fasal saya tapi sebab dia bukan seorang yang suka dengar muzik.

YAPH

PENYANYI RAP

"Saya nak buktikan orang tahu tentang karya saya tanpa kenal identiti saya. Itu sudah cukup dan harap sangat semua karya saya diterima," kata Yaph kepada mStar.

Yaph baharu sahaja melancarkan lagu berjudul Duit Kertas duet bersama Skulleight pada Jun lalu dan kini video klip tersebut sudah mencecah lebih 80,000 tontonan.

Selain itu, Yaph juga menerbitkan mini album berjudul Malam yang merangkumi lima lagu antaranya Tenang Semalam, Dosa dan Chill Lah.



Hanya kenalan rapat dan isteri sahaja mengenali dirinya.

Dalam pada itu, Yaph memberitahu hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui dirinya seorang penyanyi.

"Tak ramai yang kenal dan tahu tentang saya. Hanya rakan yang betul-betul rapat sahaja kenal siapa saya. Keluarga saya sendiri pun tak tahu saya jadi penyanyi.

"Malah, isteri saya juga baru saja mengetahui fasal saya tapi sebab dia bukan seorang yang suka dengar muzik, jadi dia tidak berasa terkejut dan respons yang diberikan biasa sahaja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yaph, rap, Encik Mimpi.

Artikel Lain