suria

Aishah bagi tips untuk Pavithra lalui dunia glamor - “Selain kasih sayang yang kuat dan ikhlas, rasa hormat juga penting”

Biarpun Aishah tidak menyebut nama namun umum mengenai kisah pasangan M. Sugu dan S Pavithra.

BERITA mengenai M. Sugu yang didakwa memukul isterinya, S Pavithra turut menarik perhatian penyanyi Aishah yang bersimpati dengan pasangan suami isteri YouTuber tersebut.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram, Aishah memahami bukan sesuatu yang mudah untuk pasangan baharu dikenali ramai melalui kehidupan dunia glamour yang dicapai dalam waktu singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya maafkan suami” - Pavithra mahu teruskan hidup seperti biasa, fokus video masakan di YouTube

Nasihat Aishah, tidak kira isteri mahupun suami perlu sentiasa menjaga perasaan pasangan supaya tiada siapa berkecil hati atau rasa dipinggirkan.



Aishah berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Satu dua hari ini viral cerita tentang pasangan instafamous hingga melibatkan polis. My heart goes to them. Bukan senang hidup sebagai orang yang dikenali terutama sekali apabila ianya berlaku dengan mendadak.

"Apabila berpasangan lagilah rumit kerana pelbagai perasaan akan timbul, cemburu itu sudah tentu, rasa sangsi, ego yang tercalar dan lain-lain. Untuk seseorang yang mengahwini orang yang dikenali pun dah cukup susah.

"Inikan pula apabila kedua-duanya baru nak merasa hidup dikenali ramai. Masing-masing kena mainkan peranan supaya tak ada seorang yang akan terasa hati atau dipinggirkan," tulis Aishah.

Biarpun Aishah tidak menyatakan sebarang nama namun umum mengetahui kisah pasangan instafamous M. Sugu dan S Pavithra yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Manusia ini macam-macam perangai ada yang apabila masuk dalam dunia glamour, dia lebih kuah daripada sudu pula.

AISHAH

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, suami kepada kepada YouTuber masakan terkenal, S Pavithra iaitu M Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya, sebilah sabit, dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun itu mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini memberitahu dalam sebuah hubungan itu perlu ada kepercayaan antara satu sama lain dan rasa hormat.



Aishah bersama suaminya.

"Manusia ini macam-macam perangai ada yang apabila masuk dalam dunia glamour, dia lebih kuah daripada sudu pula. Lupa yang dia dikenali pun sebab pasangannya.

“Ada yang terus takut dengan publisiti hingga nampak tak friendly langsung hinggakan ada yang memberi tanggapan negatif kepadanya. Percayalah saya pernah lalui semua itu.

"Selain daripada kasih sayang yang kuat dan ikhlas, yang penting ialah kepercayaan kepada pasangan. Rasa hormat itu penting, kalau peminat lelaki nak bergambar, ajak saja suami ikut, habis cerita dan terhindar daripada fitnah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aishah, M. Sugu, S Pavithra, sensasi,

Artikel Lain