suria

Shahrulezad puji Alya Iman cantik, ada ‘chances’ jadi macam Mira Filzah - “Tapi belum apa-apa dah timbul cerita ni... nasib kau la dik!”

Shahrulezad berpendapat Alya memiliki potensi besar untuk berjaya seperti pelakon Mira Filzah (gambar kanan).

GARA-GARA kontroversi panas membabitkan pelakon baharu Alya Iman yang dituduh menjadi perosak rumah tangga, pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohameddin mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada netizen memintanya supaya tidak menawarkan peluang lakonan kepada aktres tersebut.

Shahrulezad berkata pada awalnya dia tidak mengetahui kontroversi itu sehinggalah dimaklumkan oleh pengikut dan berpendapat anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha ini memiliki peluang cerah dalam industri hiburan.

"Pagi buta aku dah ajak membawang. Sebenarnya abang (merujuk dirinya) tak ambil pot (kisah) sangat gosip ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka”

"Tapi bila dah ramai sangat mesej peribadi (DM) abang bagi amaran jangan ambil budak ni berlakon dengan abang, jadi curious la nak tahu siapa budak ini dan apa ceritanya.

"No doubt she is pretty. Muda pun... muda lagi. Ada chances boleh jadi macam Mira Filzah tapi apabila belum apa-apa dah timbul cerita macam ni... nasib kau la dik," katanya menerusi Instagram pada Isnin.

Pengarah Shahrulezad berkongsi pandangannya di Instagram.

Sementara itu, Shahrulezad berkata kontroversi berkenaan dikhuatiri boleh merosakkan karier seni Alya dan tidak mustahil nama pelakon itu akan ditolak oleh stesen televisyen.

"Jangan lupa di stesen TV tu ramai kakak-kakak eksekutif... hampir 90 peratus jadi apabila kau buat perangai macam ni, mereka panas sama.

"Sia-sia saja nama kau kena reject kalau dia orang dah mula berbulu (menyampah) tengok muka kau.

"Abang pesan ni bukan untuk awak seorang saja tapi untuk semua pelakon baharu yang baru nak kenal dunia," ujarnya.

Abang tak nak salahkan satu pihak saja dan rasa semua pihak menyumbang pada penyakit cari fasal ni. Tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Dalam pada itu, pengarah drama Nur ini berharap kontroversi itu menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Dia juga meminta netizen tidak mengecam secara keterlaluan sehingga menghina keluarga dan Allahyarham Azmil.

"Harap kisah ni jadi pengajaran untuk semua. Abang tak nak salahkan satu pihak saja dan rasa semua pihak menyumbang kepada penyakit cari fasal ni. Tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi.

"Pada sesiapa yang bercita-cita nak jadi pemusnah rumah tangga orang lain... hati-hatilah. Sebagai netizen, kita boleh baca dan ambil iktibar. Nak kecam sikit-sikit tu bolehlah sebab kalau tak kecam, rasa macam kita terima pula budaya rampas merampas ni.

Kontroversi tersebut dibimbangi merosakkan karier seni Alya.

"Tapi kecam sikit-sikit sudahlah asalkan anak-anak gadis sekarang rasa takut nak mengacau rumah tangga orang dan mengikis harta orang lain. Yang penting jangan sampai menghina keluarga dan arwah ayah budak tu... kasihan arwah!," katanya.

Pada Jumaat lalu, isteri kepada lelaki bernama Mahathir Mohd iaitu Penny Salman melalui Instagram mendakwa gadis berusia 19 tahun ini merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Alya turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain