suria

Anak minta Fasha Sandha berhenti berlakon, kasihan ibu penat kena bergambar dengan peminat - “I don't want you famous anymore”

Anak Fasha Sandha mahu ibunya tidak lagi menjadi orang terkenal dan berhenti berlakon.

KASIHAN melihat ibunya terpaksa melayan permintaan peminat yang ingin bergambar, pelakon Fasha Sandha memberitahu anak sulungnya, Putra Rayfal meminta dia berhenti daripada menjadi selebriti.

Menerusi Instagram, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rakaman video Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila Fasha terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat lebih-lebih lagi ketika sedang sarat mengandung.

"Kisah beberapa hari lalu. Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambil gambar makanan. Tiba-tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambil gambar dengan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar pasangan pipit sama pipit, Fasha dan Aidil Aziz balas komen netizen - “Semoga datuk tak hadiahkan madu untuk datin!”

"Lepas dah ambil gambar, tiba-tiba anak sulung ibu ini luah perasaan dia... suruh kita berhenti berlakon sebab kasihan ibu selalu kena berdiri untuk ambil gambar di meja makan.

"Rupa-rupanya dah lama dia simpan perasaan ini... baru nak luahkan. Lakonan merupakan minat saya sayang," katanya.



Fasha kongsi rakaman video anak sulungnya di Instagram.

Fasha berkongsi rakaman video dan menulis kapsyen tersebut menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam rakaman tersebut, Rayfal meminta ibunya itu berhenti berlakon dan tidak mahu lagi Fasha menjadi orang terkenal.

Anak yang suruh berhenti berlakon. Macam mana ni? Anak ibu baru tujuh tahun dah pandai kasihankan ibu kena berdiri

FASHA SANDHA

PELAKON

"I don't want you famous anymore, orang nak ambil gambar sama kamu, awak kena berdiri... berhentilah berlakon!," kata Rayfal.

Sementara itu, Fasha mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan ini.

"Anak yang suruh berhenti berlakon. Macam mana ni? Anak ibu baru tujuh tahun dah pandai kasihankan ibu kena berdiri. I love you anakku. Video ini kenangan untuk sayang!



Fasha bersama suami Aidil Aziz dan dua anak mereka.

"Setelah hampir sembilan bulan berehat dari set penggambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang," ujarnya.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua buat pelakon drama popular Syurga Yang Kedua.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita berkenaan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain