suria

Usia semakin meningkat, Neelofa akui sudah masa untuk berkahwin - “Doakan saya bertemu jodoh dan jadi isteri yang baik”

Neelofa meletakkan sasaran berkahwin dalam temph tiga hingga empat tahun lagi.

PERNAH beberapa kali dikatakan bakal berkahwin, selebriti terkenal Neelofa memberitahu dia tidak akan berkongsi perkara itu selagi belum ada kepastian.

Bagaimanapun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata, dia memberitahu berita gembira itu kepada umum sekiranya sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa bercerita tentang PU Riz, banyak memuji - “Saya pilih dia sebab...”

Bekas pengacara program MeleTOP ini juga memohon agar tiada lagi gosip berhubung soal kahwin namun berharap orang ramai mendoakan dia bertemu pasangan yang baik.



Sejak kebelakangan ini Neelofa dilihat semakin rapat dengan PU Riz.

"Soal kahwin ini, bagi saya terlalu banyak sangat versi cerita dan pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Saya tidak akan berkongsi atau berikan kata putus selagi perkara itu (kahwin) belum terjadi dalam hidup saya.

"Tapi saya akan beritahu rakan media kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk berkongsikan ia dengan semua orang. Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik.

"Doa agar saya menjadi anak, bertemu jodoh dan isteri yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini," kata Neelofa kepada mStar.

Neelofa ditemui ketika sidang media pelancaran program temu bual terbaharu berjudul Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin.

NEELOFA

PELAKON, PENGACARA & USAHAWAN

Sebelum ini, Neelofa dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail selepas mereka kelihatan rapat sejak Ramadan lalu.

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, Neelofa menjelaskan dia sudah mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.



Neelofa menyedari usianya kini sesuai untuk ditanya soal kahwin.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia mungkin akan mendirikan dalam masa tiga atau empat tahun lagi dan menyedari usianya kini memang sesuai untuk ditanya soal kahwin.

"Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi.

"Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan