MESKIPUN beberapa kali gagal dalam bercinta, pelakon Azrel Ismail tidak menganggap dirinya kurang bernasib baik dalam membina sesebuah hubungan. Menurut Azrel, 36, dia belum bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap pasangan memandangkan jadual kerja terlalu padat. "Saya tak pernah rasa tiada nasib dalam percintaan. Mungkin sebab saya tak boleh fokus ke arah perhubungan sahaja. Setengah orang mahukan perhatian sepenuhnya, tetapi ia perkara sukar untuk dilakukan. "Jadual terlalu padat, jadi komitmen yang ada membuatkan saya tak boleh memberikan sepenuhnya pada hubungan. Apabila pasangan tidak faham, ia membuat hubungan tidak menjadi. Mungkin gadis biasa lebih memahami kerana kriteria nak jadi isteri kenalah faham dengan tuntutan kerjaya saya. AZREL ISMAIL PELAKON "Sebagai lelaki, banyak yang belum dicapai, perniagaan pun belum ada lagi. Masa depan penting untuk saya sebagai lelaki, apatah lagi saya mahu membina keluarga. Ekonomi perlu kukuh dan stabil," katanya kepada mStar. Azrel ditemui ketika sidang media pelancaran saluran Awesome TV yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Sebelum ini, Azrel yang pernah dikaitkan dengan pelakon, Ruhainies dan Sharifah Husna namun hubungan itu tidak bertahan lama. Azrel belum sedia beri komitmen terhadap sesebuah hubungan cinta. Dalam pada itu, pelakon drama Korban Kasih ini mendedahkan dia sudah mempunyai beberapa calon untuk dijadikan isteri namun wanita-wanita tersebut masih dalam tempoh pemerhatian. "Ada dua atau tiga calon dalam pemerhatian. Bagaimanapun, bukan semua golongan selebriti, ada juga gadis biasa. Jika boleh, saya tak mahu pasangan berkecimpung dalam dunia seni. "Ini kerana pengalaman terdahulu bersama golongan selebriti tak berapa bagus. Mungkin gadis biasa lebih memahami kerana kriteria nak jadi isteri kenalah faham dengan tuntutan kerjaya saya," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!