suria

Lara Alana bakal dapat adik! Awal umum Scha Alyahya hamil 4 bulan

Awal berkongsi kehamilan Scha Alyahya menerusi instagram.

SELEPAS enam tahun usia Lara Alana, pengacara Awal Ashaari mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya kini hamil empat bulan.

Awal atau nama sebenar Ahmad Awaluddin berkata, khabar gembira ini merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya yang bakal menyambut ulang tahun ke-39.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berdoa dipermudahkan proses hamil kali kedua” - Scha Alyahya selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan

"Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Tidak ada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua," tulisnya.



Awal bersama Scha dan anak mereka.

Awal berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada malam Khamis dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.

Pengacara Melodi ini berharap proses kehamilan Scha berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Kami menantikan kelahiran cahaya mata kedua kami, InsyaAllah ini bulan keempat usia kandungan.

"Doakan mummy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.



Awal dan Scha berkahwin pada tahun 2012.

"Syukur ya Allah di atas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga," katanya.

Pada Januari lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) yang menyukarkannya untuk hamil.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain