suria

Ibu Ezad Lazim meninggal dunia selepas rebah dalam bilik air - “Semalam kenang pemergian abah setahun... hari ini mak pula menyusul”

Ezad reda dengan pemergian ibunya pada pagi, Jumaat.

PENYANYI Ezad Lazim berkongsi berita sedih ibunya iaitu Rosadah Jahaya telah meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat selepas rebah dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar, Kedah.

Menurut Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, dia tidak sangka ibunya akan tiada sehari selepas mengenangkan pemergian arwah bapanya setahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ezad Lazim meninggal dunia

"Ibu saya Rosadah Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini... mohon doakan yang terbaik buat arwah ibu saya. Al-Fatihah. Ya Allah, mak... bangchik balik ni.



Ezad berkongsi berita sedih itu di laman Facebook.

"Baru semalam (Khamis) kita kenang pemergian arwah abah dah setahun... hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita," kata Ezad.

Penyanyi lagu Luahan Cintaku itu memberitahu perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah serta mendoakan agar Allahyarham ibunya berada dalam kalangan orang beriman.

Baru semalam (Khamis) kita kenang pemergian arwah abah dah setahun.

EZAD LAZIM

PENYANYI

Dalam pada itu, isteri kepada Ezad iaitu Zeana Ramli memaklumkan bahawa arwah ibu mertuanya mempunyai penyakit darah tinggi.

Jenazah Allahyarham Rosada akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda selepas solat Asar.

"Kami reda atas pemergiannya. Kami dalam perjalanan pulang ke Alor Setar. Allah SWT menjemputnya pada hari segala penghulu, Jumaat.



Arwah bapa Ezad meninggal dunia pada 6 Ogos tahun lalu.

"Insya-Allah, jenazah arwah ibu mentua akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda selepas Asar. Arwah meninggalkan empat cahaya mata dan 10 cucu.

"Semalam genap setahun pemergian arwah bapa mentua, hari ini ibu mentua pula menyusul," ujar Zeana.

Arwah bapa kepada Ezad, Mohd Lazim Ismail meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 6 Ogos tahun lalu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ezad Lazim, ibu, abah, meninggal dunia,

Artikel Lain