suria

Tahniah, comelnya ‘baby girl’ Fasha Sandha! Aidil Aziz cuti sebulan jaga anak dan isteri berpantang

Aidil turut kongsi wajah bayi perempuan mereka yang dilahirkan pada Jumaat.

PELAKON Aidil Aziz berkongsi berita gembira berhubung isterinya yang juga aktres Fasha Sandha selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Jumaat.

Aidil atau nama sebenanrya Mohd Aidil Abdul Aziz, 33 meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya atas kelahiran anak perempuan mereka yang buat masa ini dipanggil 'Baby A'.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak minta Fasha Sandha berhenti berlakon, kasihan ibu penat kena bergambar dengan peminat - “I don't want you famous anymore”

Teruja dengan kelahiran itu, pelakon drama popular Kamar Kamariah ini berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan bagi menemani dan menjaga isterinya ketika berpantang.

Aidil bersama isteri dan anak-anak mereka.

"Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha diatas kandungan selama ini.

"Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian," kata Aidil.

Aidil berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik separuh wajah bayinya di laman Instagram pada Jumaat.

Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami.

AIDIL AZIZ

PELAKON

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut mendoakan agar Fasha dan bayinya dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Bagaimanapun, Aidil dan Fasha tidak menyatakan lebih lanjut mengenai proses dan maklumat mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan maklumat lebih lanjut daripada Aidil gagal apabila dia tidak menjawab panggilan serta mesej.



Fasha mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya.

Sebelum ini pada Jun tahun lalu, Fasha pernah mengalami keguguran hingga menyebabkan dia berasa fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai kehamilan.

Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain