suria

Aliff Aziz mengaku bersalah, Aaron Aziz tegur netizen persenda kisah silam orang - “Ia tak kelakar, semua orang buat salah”

Aliff Aziz membuat pengakuan bersalah atas dua tuduhan di Mahkamah Negara Singapura pada Jumaat.

KECEWA dengan sikap netizen yang sering menyebarkan aib seseorang di laman sosial, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai agar tidak mempersendakan masa silam seseorang.

Aaron, 44, membuat teguran itu selepas melihat pelbagai posting di laman Facebook yang melemparkan kata-kata buruk terhadap seorang selebriti yang berhadapan proses mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Video tak senonoh, Aliff Aziz akui berada dalam keadaan sukar - “Saya sudah malukan orang tersayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak serik! Aliff Aziz buka episod tahun baharu dengan video aksi tak senonoh - “Ada kawan bukan nak tolong, siap rekod”

"Saya nak nasihat sikit... saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukuman seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkan hukuman bulan September ni. Semua orang ketawakan.

"Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri.



Aliff bergaduh mulut dengan beberapa individu di sebuah restoran di Singapura.

"Jangan nak mempersendakan orang yang dah bertaubat... yang dah kena hukuman dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah... itu saja saya nak cakap," ujarnya.

Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz.

Ia susulan pada Jumaat lalu Aliff mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Manakala, satu lagi pertuduhan diambil dalam pertimbangan.



Aaron menasihati netizen agar tidak menyebarkan kisah silam seseorang yang sudah bertaubat.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan, tuduhan pertama adalah bagi mencuri wang sebanyak S$300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Pertuduhan kedua adalah bagi kelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Hakim Victor Yeo menetapkan, bagi pertuduhan kedua ini, Aliff boleh dikenakan denda tidak melebihi S$2,000 (RM6,101) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan ketiga yang diambil dalam pertimbangan adalah mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api.

Aliff akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 14 September depan bagi keputusan kes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aliff Aziz, Aaron Aziz, sensasi artis

Artikel Lain