suria

Memey Suhaiza 'hint' Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun

Memey Suhaiza mahu miliki enam orang anak sebelum usianya 40 tahun.

SEBELUM memasuki usia 40 tahun iaitu lapan tahun lagi, pelakon Memey Suhaiza memberitahu dia meletakkan sasaran untuk menimang tiga lagi cahaya mata.

Menerusi Instagram, isteri kepada pelakon Norman Hakim ini berkata dia sedang berusaha menambah zuriat dan berharap dikurniakan rezeki berkenaan.

"Tiga orang (anak terkini)... mommy target nak tambah tiga lagi sebelum umur 40 tahun. Kita merancang semuanya dengan izin Allah kan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini peluang saya berdakwah” - Norman Hakim tak lokek tip pulihkan hubungan ibu-bapa bercerai

"Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga, mommy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan," katanya.

Mommy target nak tambah tiga lagi sebelum umur 40 tahun.

Memey Suhaiza

Pelakon

Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5, serta Mikayla Delisha Hakim, 2 tahun.

Perkongsian Memey itu turut menarik perhatian pengikut termasuklah suaminya yang meninggalkan komen terkejut dengan kapsyen yang ditulis itu.



Keluarga bahagia... Norman Hakim dan Memey bersama tiga anak mereka.

"Alamak dia dah bagi hint laa," tulis Norman.

Pada awal Mei lalu, Norman menafikan dakwaan isterinya kini sedang berbadan dua ekoran satu posting yang dimuat naik di Instagram yang memberitahu Memey mengidam makanan Jepun.

Kata Norman, status 'mengidam' tersebut tidak ada kaitan dengan perkhabaran baharu mengenai zuriat mereka.

Perkongsian status itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyangkakan pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata baharu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain