suria

Terlalu minat 'The World of The Married', Rossa alih bahasa lagu 'Hati Yang Kau Sakiti' dalam bahasa Korea

Rossa terjemah lagu Hati Yang Kau Sakiti kerana terlalu minat kepada drama The World of The Married.

DEK kerana menggemari drama bersiri popular Korea iaitu The World of The Married, penyanyi popular indonesia iaitu Datuk Seri Rossa menterjemahkan lagu nyanyiannya yang berjudul Hati Yang Kau Sakiti ke bahasa Korea.

Menurut Rossa, idea alih bahasa itu muncul selepas lagu itu disunting oleh peminat yang mahu lagu itu sebagai lagu latar drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik video TikTok bersama, hubungan Rossa dan Melly Goeslaw kembali pulih

Tambah Rossa, dia memilih bahasa Korea untuk penterjemahan lagu ini adalah kerana minatnya terhadap hasil seni serta gaya hidup orang Korea.

"Pada beberapa minggu pertama bekerja dari rumah, saya banyak menonton drama bersiri Korea. Salah satu daripadanya ialah The World of The Married, dan ia mengingatkan saya pada lagu Hati Yang Kau Sakiti. Sejak itu, ramai juga yang membuat meme daripada lagu tersebut.



Rossa merakam versi Korea lagu Hati Yang Kau Sakiti di hadapan televisyen di kediamannya.

"Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang bertanggungjawab menghasilkan drama ini kerana berjaya menghiburkan penonton yang terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik Covid-19. Jalan cerita, sinematografi dan cara penyampaian drama ini juga sangat bagus.

"Sejujurnya saya tak terlalu fasih berbahasa Korea, baru enam bulan belajar. Setakat pesan makanan dan cakap helo tu boleh la.

"Tapi saya sukakan bahasa Korea, drama bersiri Korea... malah saya sukakan negara Korea sebab tu saya nak sangat terjemah lagu ini ke bahasa Korea," kata Rossa.

Bercerita tentang proses rakaman lagu tersebut yang berjudul Sangcheo Badeun Maeum dalam bahasa Korea, Rossa berkata pemuzik Ivan Alidiyan membantu menghasilkan muzik lagu tersebut.

Sejujurnya saya tak terlalu fasih berbahasa Korea, setakat pesan makanan tu boleh la.

DATUK SERI ROSSA

PENYANYI

Rakaman yang dibuat di hadapan televisyen di kediamannya turut dibantu temannya yang berada di Korea Selatan untuk proses penterjemahan.

"Saya menghubungi Ivan Alidiyan untuk bertanya jika dia mahu mencipta muzik ringkas menggunakan piano untuk saya.

"Untuk lirik pula saya meminta seorang rakan di Seoul untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Korea. Manakala untuk memastikan lirik itu betul, dia turut meminta bantuan rakannya yang meurpakan warga Korea untuk membantunya.

"Rakaman itu dibuat di hadapan televisyen di rumah saya, dibantu oleh Dandy Lasahido untuk proses mixing... terhasillah Hati Yang Kau Sakiti versi Korea," ujarnya.



Rossa sukakan hasil seni orang Korea.

Untuk rekod, Hati Yang Kau Sakiti ditulis oleh komposer Enda Ungu dilancarkan pada 2009.

Lagu ini mendapat perhatian pada tahun ini selepas digunakan sebagai lagu runut untuk sebuah drama Indonesia yang ditayangkan di stesen televisyen negara itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain