suria

Siti Sarah naik menyampah peniaga sanggup tayang 'body' lariskan produk - “Tak payah terkinja-kinja pun boleh buat duit banyak!”

Siti Sarah berharap usahawan wanita menjaga aurat dan maruah dalam menjalankan perniagaan.

KESAL dengan trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi dan usahawan Siti Sarah terpanggil membuat teguran secara terbuka.

Sarah atau nama sebenar Siti Sarah Raisuddin, 36, berkata, biarpun bukan seorang Muslim sempurna, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah prihatin, hulur sumbangan kepada wartawan - “Kalau Agong boleh buat kenapa tidak saya”

"Tayang body jual produk? Ya, semua orang buat silap. Dalam dunia ni tak ada orang yang tak buat silap, Sarah sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi, pernah jahil... ya tapi tak sampai sanggup jual barang untuk meniaga.

"Makin lama makin ramai... orang perempuan pun sama naik, tak tahu mana lelaki dan mana perempuan, korang ingat korang je ke dalam Malaysia ni yang buat duit? Sarah sendiri dah naik menyampah!" katanya.



Siti Sarah kecewa dengan kelakuan segelintir usahawan wanita.

Isteri kepada pelawak Shuib ini berkata, usahawan yang berkelakuan sebegini berkemungkinan besar dilindungi seseorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes.

Semua orang buat silap, Sarah sendiri pernah seksi dan jahil.

SITI SARAH

PENYANYI DAN USAHAWAN

"Ya faham... ya korang kuat, tidak ada satu orang pun yang mampu menjatuhkan korang. Mungkin ada yang menjaga korang, sebab tu makin lama makin menjadi," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata, banyak cara lain yang boleh dilakukan bagi mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa aksi memalukan diri.

Katanya, dia sendiri mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjalankan perniagaan kosmetik iaitu Ratasha Cosmetics dengan cara yang betul.



Siti Sarah bersama suaminya, pelawak Shuib.

"Mari Sarah tunjuk, Sarah ni yang tak pernah tunjuk duit, mari sini Sarah nak tunjuk! Tak payah terkinja-kinja, tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak.

"Dengan rezeki Allah, Allah maha besar... Allah yang memberi rezeki... tiada tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah," ujarnya.



Artikel Lain