suria

Fizi Ali masuk hospital, Shakilla Khoriri pula di Melaka - “Kesian Ameena... ibu jauh, bapa dia pula kena tahan wad”

Fizi yang ditahan wad berasa bimbang dengan keadaan anaknya, Ameena Sofia memandangkan isterinya kini berada di Melaka.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Fizi Ali ditahan wad Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya akibat mengalami demam panas sejak Selasa.

Fizi, 31, berkata dia terpaksa meminta keluarga mentua menjaga anaknya, Ameena Sofia memandangkan isterinya kini berada di Melaka bagi menjalani penggambaran drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dituduh sengaja buat-buat suara besar untuk nampak 'macho' - “Suara kau macam orang tercekik halkum sendiri”

"Saya mula demam panas sejak semalam dan suhu badan 38 darjah celcius. Sementara saya ditahan wad, saya minta tolong keluarga mentua jaga Ameena.



Fizi minta pertolongan keluarga mentua jaga Ameena sepanjang dia di hospital.

"Nasib baik keluarga mentua boleh tolong jagakan Ameena sebab saya risau kalau demam berjangkit dengan dia.

"Kesian juga dekat Ameena... ibu jauh, bapa dia pula kena tahan wad dan yang tak tahu bila boleh dibenarkan pulang," kata Fizi ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, isteri kepada Fizi iaitu Shakilla Khoriri meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anaknya selama 15 hari.

Setiap kali buat video call, mesti Ameena nak ambil telefon dan nak pergi dekat ibu dia.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Menurut Shakilla yang juga seorang pelakon, suaminya bertanggungjawab menjaga anak mereka sepanjang tempoh dia tiada.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu dia tidak mempunyai masalah menjaga anak perempuannya sepanjang ketiadaan Shakilla.

"Sebenarnya jaga Ameena sangat senang sebab dia tak banyak kerenah dan tak ada masalah apa-apa pun sepanjang empat hari dah saya jaga.



Fizi menjaga anak sepanjang isterinya, Shakilla berada di Melaka atas urusan kerja selama 15 hari.

"Tapi bila dia merindui ibunya itu yang payah. Setiap kali buat video call, mesti Ameena nak ambil telefon dan nak pergi dekat ibu dia.

"Cuma, sekarang ini tak fasal-fasal saya masuk hospital saja. Nasib baik Ameena ok saja di rumah datuk dan neneknya," ujarnya.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia setahun.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain