suria

Aman Aziz terkilan tak dapat angkat keranda bapa ke liang lahad - “Apabila sampai di kubur, semua urusan dah selesai”

Aman akui sedih tidak dapat memenuhi hajat terakhir bapa.

SELEPAS seminggu kehilangan bapa tersayang, penyanyi Aman Aziz mengakui terkilan apabila tidak dapat memenuhi hajat terakhir arwah yang mahu anak-anak lelakinya untuk menguruskan jenazahnya.

Kata Aman atau nama sebenar Mohammad Razman Abdul Aziz, 27, dia tidak berkesempatan untuk membantu menguruskan proses pengebumian bapanya iaitu Abdul Aziz Abdullah kerana menemani ibunya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu

"Kakak saya sempat teman ayah di hospital. Ayah cakap dia nak keempat-empat anak lelakinya untuk mandikan jenazah ayah dan turunkan ayah ke liang lahad.

"Tapi saya tak sempat buat semua tu sebab saya tunggu ibu di rumah masa tu. Salah saya juga sebab tak tahu yang ibu tak boleh keluar rumah disebabkan kerana dalam edah.

Kalau boleh dia nak beritahu satu kampung yang saya ni seorang penyanyi.

AMAN AZIZ

PENYANYI

"Apabila saya sampai di kubur, semua urusan dah selesai. Semua benda berlaku dengan cepat. Saya tak sempat tengok ayah untuk kali terakhir," katanya kepada mStar.

Sementara itu penyanyi lagu Sulit yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu berkata Allahyarham bapanya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya menjaga solat.

Malah, Aman berkata arwah bapa bangga dengan kejayaannya sebagai seorang penyanyi dan sentiasa memberi sokongan penuh.

"Arwah ayah selalu ingatkan anak-anaknya supaya sentiasa jaga solat.

Aman (hadapan, kiri) bersama keluarganya.

"Ayah sokong saya menjadi penyanyi. Kalau boleh dia nak beritahu satu kampung yang saya ni seorang penyanyi.

Sebelum ini, Aman berkongsi berita pemergian bapanya di Instagram miliknya.

Bapa Aman, Abdul Aziz Abdullah meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung pada pukul 11.30 malam 14 Ogos lalu.

Allahyarham disemadikan pada pagi 15 Ogos lalu di Tanah Perkuburan Setulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain