suria

Nabila Razali akui MK jadi ‘pelaris’ MV Peluang Kedua, cecah 1 juta tontonan sehari - “Saya percaya dia jadi faktor orang tonton berulang kali”

Nabila Razali bergandingan dengan MK K-Clique untuk video muzik Peluang Kedua.

PENYANYI Nabila Razali berkongsi rasa syukur dan terharu apabila video muzik Peluang Kedua mencapai satu juta tontonan dalam tempoh sehari dimuat naik di YouTube, sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati.

Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata ia pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lebih 500,000 tontonan! Nabila Razali terkejut lirik video 'Peluang Kedua' tiba-tiba hilang dari Youtube

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali pilih cerita terbaik daripada 12,000 kisah peribadi yang dikongsi pendengar untuk MV Peluang Kedua

“Alhamdulillah, saya terharu kerana video muzik Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa mencapai sejuta tontonan dalam tempoh singkat.



Muzik video Peluang Kedua cecah 1 juta tontonan dalam masa sehari dimuat naik.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya.

Saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton video muzik ini berulang kali.

NABILA RAZALI

PENYANYI

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini video lirik yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” katanya.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK daripada kumpulan K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet.

Dalam pada itu, Nabila juga tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan disebabkan MK yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton video muzik ini berulang kali.

Nabila tidak meletakkan harapan tinggi untuk video muzik Peluang Kedua.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada pihak produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab menghasilkan kualiti video terbaik.

“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya.

Lagu Peluang Kedua versi baharu ini boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain